Saturday 31 March 2012

tips PENJAGAAN KULIT





1) Dapatkan Tempoh Tidur Yang Cukup Serta Berkualiti
Tidur yang cukup setiap hari akan mempertingkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu proses penjanaan kulit.


2) Jadikan Sukan Atau Senaman Sebagai Rutin
Kedua-dua aktiviti ini akan membantu mempertingkat serta melancarkan peredaran darah dan proses metabolisme tubuh. Tubuh yang sihat akan memberi kesan atau cerminan pada wajah.


3) Minum Banyak Air Kosong 
Fakta minum 8 gelas air sehari ini sudah diketahui umum sebagai perkara wajib yang anda harus lakukan jika ingin kelihatan cantik. Ini kerana air mempunyai seribu satu kuasa dalam menjaga kesihatan dan kecantikan diri.


4) Makan Makanan Seimbang
Sama pentingnya dengan pengambilan air kosong. Kata pepatah Inggeris ‘you are what you eat’.Kulit yang anjal,awet muda dan cantik,pastilah bergantung kepada jenis makanan yang anda makan.
5) Elakkan Tekanan
Atasi masalah atau tekanan dengan cara yang betul pada kadar segera.Bersikap positif dan hadapinya dengan tenang.Lazimnya mereka yang mempunyai banyak masalah,jelas terlihat pada kulit wajah yang kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Inginkah anda kelihatan begini?
6) Jauhi Rokok
Merokok boleh menyebabkan anda kelihatan lebih tua berbanding usia. Kandungan nikotin serta bahan beracun lain dalam rokok secara tidak disedari memberi kesan kepada kulit anda seperti lebih kusam dan berkedut.
7) Bersihkan Wajah Secara Berkala
Langkah ini perlu anda lakukan jika anda tidak mahu pori-pori kulit tersumbat dek debu,bakteria,sisa-sisa solekan dan sebagainya lagi.
8) Urutan Lembut Pada Wajah
Sesekali,lakukan urutan wajah mengikut arah yang betul namun secara lembut untuk menggalakkan peredaran darah pada permukaan kulit.
9) Hanya Pilih Produk Kecantikan Yang Bersesuaian
Produk kecantikan adakalanya berkesan pada individu tertentu tetapi tidak kepada anda.Jadi pilihlah produk kecantikan dan penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit anda.
10) Lakukan Exfoliating Berkala
Jika anda berusia 30 tahun ke atas,lakukan rutin ini secara teratur.Wajar anda ketahui bahawa proses penggantian sel kulit berlaku setiap 40 hari sekali. Jika tidak,jeragat dan kulit kusam akan mulai kelihatan.

0 comments:

Post a Comment