Tuesday 29 October 2013

30 SEPTEMBER 2013

AKU SAYANG KAKAK

Tarikh ni aku tak akan lupakan sampai bila-bila. Pemergian arwah Solehah sangat tak disangka-sangka dan begitu mengejut sekali. Hari ni dah 30 Oktober. Jadi, dah genap sebulan Solehah pergi mengadap Ilahi. Ternyata, Allah lebih sayangkan dia. Dan sebab itulah dia diambil dalam usia yang begitu muda, 25 tahun. Pemergian arwah sangat member kesan dan pengajaran kepada kami sekeluarga. Sesungguhnya, janji Allah itu pasti. “Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Dan sesungguhnya, “rezeki, jodoh, dan ajal sememangnya telah ditetapkan Allah. Kita hanya mampu berdoa berharap yang terbaik  di dunia dan akhirat.

 
Ternyata pemergian Allah memberikan banyak hikmah kepada kami sekeluarga. Allah tidak akan member ujian kepada hambanya yang tidak mampu. Pemergian arwah diredhai sekeluarga walaupun pada awalnya masing-masing begitu terkenang-kenang arwah Solehah terutamanya ibu yang melahirkannya dan ayah yang membesarkannya. Pemergian Solehah diredhai dengan bacaan al-fatihah dan yassin.

 
Hari konvokesyen UPM ke-37 yang berlangsung pada 26-29 Oktober lalu dihadiri dengan rasa serba kekurangan. Hari konvokesyen aku pada 27 Oktober lalu berasa begitu hambar tanpa kehadiran ahli keluarga yang tak seperti selalu. Arwah tidak sempat turut serta memeriahkan hari graduasi aku. Namun, Aku pasti Allah tahu yang terbaik untuk semua makhluknya.

 
Terasa begitu kekurangan sekali dalam keluarga ini yang sememangnya rapat sejak kecil. Keluarga umpama akar yang menyokong sebatang pohon. Masing-masing melengkapi antara satu sama lain. Kehilangan Solehah amat dirasai dan akan kekal di dalam hati kami sekeluarga. Doa adalah yang terbaik untuk disedekahkan kepada arwah. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan muslimin dan muslimat yang beriman. Aku akan mengikutimu satu hari nanti dan aku berdoa untuk lebih bersedia sepertimu; seorang wanita yang menjaga auratnya, berdikari, solat di awal waktu dan menjaga hati kawan. Sesungguhnya, setiap ujian Allah ada hikmah yang pasti. Kebahagiaan sebenar adalah di akhirat kelak. Semoga aku menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa. Amin Ya Rabbalalamin…

0 comments:

Post a Comment