Friday 1 November 2013

PEREMPUAN



Perempuan lebih ramai di neraka berbanding suami disebabkan dua perkara:

1.   Banyak mengutuk/menyumpah

2.   Kufur kebaikan suami

 

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:

1. Banyak beristighfar.

2. Banyak bersedekah.

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi..

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : ‘Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 tak sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)..’
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 tak sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW :
‘Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita’

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1.    Percakapan yang baik

2.    Memberi salam

3.    Memaniskan wajah

“MANISKAN WAJAH, LEMBUTKAN LIDAH”

Sumber: BAYU BORNEO

http://bayuborneo.blogspot.com


0 comments:

Post a Comment