Monday 30 December 2013

mata melihat tapi hati menilai


sunnah potong kuku cari rasulullah SAW


*x tahu kenapa aku selalu lupa..asyik x igt jari mana satu

"apabila"


 
Kata ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa
๐ŸšซAlangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan
✅Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT
dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia
✅kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah
✅tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT
Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.๐Ÿš˜๐Ÿก๐Ÿ’ถ

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat
kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...
tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali... Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman
apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..
setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa.dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...

kita patut bermuhasabah mengenai bekalan.
ke satu perjalanan yang jauh.
yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.
sesungguhnya mati itu benar.
Alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar...
Jom kita kongsikan tazkirah rengkas yg byk memberi kesedaran bhw dunia sementara dan akhirat kekal abadi. Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarrah, Allah muliakan dgn syurga 10 x dunia. Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan. Dgn 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat. Renung2kan dan selamat beramal.


<https://www.facebook.com/layarMinda>

LayarMinda <https://www.facebook.com/layarMinda>

SANGKA-SANGKA


TAZKIRAH PAGI :
PUISI SANGKA-SANGKA

Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik

Ada sangka buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang rileks disangka malas

Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang berpakaian buruk disangka hina

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sedikit disangka diet

Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

Orang berbincang disangka mengumpat

Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka menggoda

Orang yang ceria disangka mengada

Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru itu….

Sesuatu perkara yang kita lihat

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap sangka-sangka

"ูŠุฃูŠู‡ุง ุงู„ุฐูŠู† ุกุงู…ู†ูˆุง ุงุฌุชู†ุจูˆุง ูƒุซูŠุฑุง ู…ู† ุงู„ุธู† ุฅู† ุจุนุถ ุงู„ุธู† ุฅุซู….."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)


LayarMinda <https://www.facebook.com/layarMinda>


Wahai anakku,

Sikap suka membanding ialah pencuri kegembiraanmu.
Sikap suka menang ialah pencuri tawaddukmu.
Sikap suka selalu betul ialah pencuri ilmumu.
Sikap suka termenung ialah pencuri kejayaanmu.
Sikap suka mengumpat ialah pencuri sangka baikmu.
Sikap tidak serius pada suruhan Tuhanmu ialah pencuri imanmu.
Sikap malas membaca ialah pencuri kematanganmu.
Sikap tak suka share benda yang berilmiah ialah pencuri kemurahan hatimu.

Senyum. Salam sayang dari ayahandamu.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
 
LayarMinda <https://www.facebook.com/layarMinda>

WAHAI WANITA

Wanita ibarat BUNGA…
Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara..
Yang kekal menjadi pujaan manusia,
hanyalah wanita yang mulia akhlaknya..

Kerana akhlaK itu umpama bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaK buruk..
Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu…

Ibarat bunga..Ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya…
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan…
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
tetapi bila dihalusi dengan mata hati,
TERNYATA AMAT TINGGI NILAINYA…

\copy paste/



 
 

 
Kayanya kita pada hari ini
bukanlah hasil usaha kita
seorang sahaja.

Bahagianya kita pada hari ini
bukanlah hasil usaha kita
seorang sahaja.

Berjayanya kita pada hari ini
bukanlah hasil usaha kita
seorang sahaja.

Hakikatnya, segalanya terjadi
dengan bantuan orang lain,
yang Allah hantar untuk
membantu kita.

Bersyukurlah.

LIKE kalau bermanfaat.

Islam Sejati <https://www.facebook.com/IslamYangSejati>

 
 
 

Thursday 26 December 2013

how long to take a nap

 
 
click to view larger




 click to view larger
http://lifehacker.com/how-long-to-nap-for-the-biggest-brain-benefits-1251546669


7 kalimah amalan harian


7 kalimah amalan harian

1. Mengucapkan  Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucapkan Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu

3. Mengucapkan  Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucapkan InsyaAllah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucapkan La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6.  Mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucapkan La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya .

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walaupun lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karana sudah biasa.

Nota Luna Nana : Amalkan 7 kalimah ini dalam kehidupan seharian kita,mudah-mudahan akan menjadi bekalan di alam barzakh dan akhirat kelak.Setiap yang baik itu pasti ada ganjaran yang disediakan oleh Allah. Wallahualam.

Marilah kita saling ingat memperingati antara saudara sesama Islam.

Allah S.W.T berfirman : “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung. “(Ali Imran : 103-104)

- See more at: http://fuh.my/7-kalimah-jadikan-amalan-harian/#sthash.pAXx87ga.dpuf

rahsia kalimah bismillah


Rahsia Kalimah Bismillah

1) Dibacakan Bismillah pada telinga orang yang pengsan sebanyak 41 kali, Insyaallah akan sedar dan kembali siuman.

2) Supaya cepat hajatnya dikabulkan Allah, bacalah Bismillah dengan menghadap kiblat sehingga matahari terbenam selepas solat asar dalam keadaan bersih, suci dari hadas dan najis. Kemudian, mohonlah pada Allah hajatnya.
Insya
allah segera dikabulkan Allah dengan kemurahan sifat Rahman dan Rahim-Nya.

3) Agar sentiasa dilapangkan dan mudah urusan rezkinya serta disegani dimuliakan oleh makhluk, perbanyakkan membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalalahnya dan membaca doa: Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatmu dan kurniamu serta rezkimu. Curahkanlah keatasku perasaan redha kepadamu dan bertakwa kepadamu.Mudahkanlah bagiku untuk memperoleh rezkimu dan sekalian makhlukmu, sesungguhnya engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu.


4) Mengamalkan membaca Bismillah ketika hendak tidur sebanyak 21 kali nescaya aman dan bebas dari syaitan, kecurian, maut mengejut dan bala bencana.

5) Membaca Bismillah ketika hendak menyetubuhi isterinya, kelak anaknya menjadi orang yang cerdas dan terbuka hati sehingga menjadi anak yang soleh.

6) Membaca Bismillah pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kiblat sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 100 kali, Allah menganugerahkan rezki padanya tanpa diduga sama sekali.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W: Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah S.W.T.

Dalam riwayat yang lain Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.

Oleh yang demikian marilah kita berlumba-lumba mengejar rahmat Allah yang luas dengan memperbanyakkan bacaan Bismillah dalam setiap amalan kehidupan harian kita. Wallahualam.

Nota Luna Nana : Jom kita cuba amalkan kalimah Bismillah ini dalam kehidupan seharian agar ia dapat menjadi pendinding diri kita dan juga mendapat keberkatan hidup didunia dan diakhirat oleh Allah S.W.T.

ayat kursi 12 kali


AYAT KURSI 12 Kali

Dari Anas bin Malik r.a. berkata :
Rasulullah Saw bersabda," Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwudhu dan mengerjakan shalat Subuh, niscaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan derajatnya sama dengan orang yang membaca seluruh Al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat dia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari seluruh penghuni dunia.
...
Aku berkata,"Ya Rasulullah apakah setiap hari?"
Beliau menjawab,"Tidak, melainkan setiap Jum'at, karena cukup bagimu sekali setiap jum'at".

amalan penyeri wajah


    AMALAN PENYERI WAJAH.

    Khusus Kepada :

    1) Yang mengalami masalah ‘Berat Jodoh’...
    2) Calon-calon temuduga kerja atau temuduga dengan bakal bapa mertua.
    3) Mereka yang ingin sentiasa berukhwah baik dengan masyarakat, yang pasti paling utama adalah Adab dan Akhlak didahulukan.

    *Jika ada niat yang lain daripada hal di atas, segalanya atas tanggungan sendiri.

    KAEDAHNYA :

    Dibacakan-

    1) SurahYusuf : 4
    ุฅِุฐْ ู‚َุงู„َ ูŠُูˆุณُูُ ู„ِุฃَุจِูŠู‡ِ ูŠَุง ุฃَุจَุชِ ุฅِู†ِّูŠ ุฑَุฃَูŠْุชُ ุฃَุญَุฏَ ุนَุดَุฑَ ูƒَูˆْูƒَุจًุง ูˆَุงู„ุดَّู…ْุณَ ูˆَุงู„ْู‚َู…َุฑَ ุฑَุฃَูŠْุชُู‡ُู…ْ ู„ِูŠ ุณَุงุฌِุฏِูŠู†َ
    (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".


    2) Surah Thoha : 39

    ูˆَุฃَู„ْู‚َูŠْุชُ ุนَู„َูŠْูƒَ ู…َุญَุจَّุฉً ู…ِّู†ِّูŠ ูˆَู„ِุชُุตْู†َุนَ ุนَู„َู‰ ุนَูŠْู†ِูŠ
    “dan AKU telah tanamkan dari kemurahanKU perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKU.”


    Setiap kali selepas Solat Subuh (setelah selesai wirid hasanah mahupun darajat), setiap satu ayat di atas dibacakan 3x pada sebekas air putih bersih.

    Kemudian disapukan ke wajah sebelum keluar rumah, dengan dirautkan dari dagu ke dahi (penuh wajah) 3x, sambil berselawat.

    InsyaALLAH, semoga ALLAH mempermudahkan urusan kalian.

    Ditulis oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus

    * Nota Kaki *

    >>>PESANAN dari Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus<<<
    * Izinkan amal kepada yang yakin pada Qudrat dan Iradat ALLAH. Semoga ALLAH permudah sekalian urusan.
    * Sekiranya ada rasa tidak yakin tidak perlu amal dan sebaiknya janganlah menghukum.

MUHASABAH CINTAMU~

Credit: Muslimah sejati & 1001 tips suami isteri

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH, tidak sedikit punALLAH menbenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya..Kerana ALLAH teramat mencintainya..tetapi,andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,dimana ALLAH untuk menjaga kita...??? ALLAH seperti melepaskan kita kepada seseorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita"....

Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk kita menjaga-Nya..
Mengapa masih ragu ragu2 dengan kekuatan ALLAH...???
Usah ditunggu tapi mesti dicari..
Hargai kesempatan yang ALLAH berikan..
"SEBESAR-BESAR DOSA ADALAH DOSA YANG DILAKUKAN KETIKA KITA RASA BERDOSA MELAKUKANNYA"
-IMAM GHAZALI-
~JADILAH MAWAR BERDURI YANG MEKAR LAGI INDAH~

~Masih ada ruang untuk kita bertaubat, selagi pintu taubat masih terbuka luas..~

~ALLAH TAALA itu MAHA PENGAMPUN~

~InsyALLAH, InsyALLAH dan InsyALLAH~

Ameen Ya Robbal 'Alameen..

10 amalan harian penyegar IMAN



      1. ZIKIR PAGI PETANG ..

"Dan sebutlah (nama) Rabb-mu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara diwaktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."(Q.S. Al-A'raf : 205)...

2. RUTIN SOLAT DHUHA ..

"Pada pagi hari setiap persendian kalian diwajibkan sedekah, setiap ucapan tasbih itu bernilai satu sedekah, setiap kalimat tahmid itu bernilai satu sedekah, satu ucapan tahlil bernilai satu sedekah, satu ucapan takbir bernilai satu sedekah. memerintah yang ma'ruf satu sedekah, mencegah yang mungkar satu sedekah. Dan semua itu bisa diganti dengan dua raka'at shalat dhuha."(HR. Muslim)

3. SOLAT TEPAT WAKTU ..

"Kalau saja manusia tahu pahala panggilan solat dan shaf awal, kemudian mereka tidak bisa mendapatkannya selain harus dengan mengundi, pasti mereka akan mengundi,"(H.R Muslim)

4. MENJAGA SOLAT RAWATIB ..

"Tidaklah seorang hamba melakukan solat sunnah dengan ikhlas lillahi ta'ala setiap hari sebanyak 12 rakaat, melainkan pasti Allah akan membangunkan rumah di jannah."(H.R.Muslim)

5
. MEMBACA AL QURAN ..

"Bacalah al Qur'an karena sesungguhnya al qur'an akan datang sebagai pemberi syafaat bagi sahabatnya (orang yang rajin qira'ah qur'an)." (H.R. Muslim)

6. BERUSAHA SENTIASA DALAM BERWUDHUK ..

"Sesiapa yang berwudhu' dan membaguskan wudhu'nya, kesalahan-kesalahannya akan keluar dari jasadnya, bahkan sampai keluar dari ujung-ujung kukunya." (H.R. Muslim)

7. SEDEKAH HARIAN ..

"Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shalallahu alaihi wasallam dan bertanya,"Wahairasulullah, sedekah apa yang paling utama?"

Rasulullah shalallahu alaihi wasallam menjawab,"Bersedekahlah saat kau dalam kondisi sehat,kikir, takut miskin, dan sedang berharap menjadi kaya, tidak menunda sampai nyawa sampai di tenggorokan baru kau berkata,"Aku sedekahkan ini untuk si fulan segini," padahal itu sudah menjadi bagian si fulan(ahli warisnya) (H.R. Bukhari)

8. MEMBACA BUKU ..

"Katakanlah(wahai Muhammad) adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"(Q.S. Az-Zummar)

9. ISTIGHFAR MINIMAL 100X ..

"Demi Allah, aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada-Nya lebih dari tujuh puluh kali dalam sehari."(H.R.Muslim)

10. WITIR SEBELUM TIDUR ..

"Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata,"Kekasihku (rasulullah shalallahu alaihi wasalla) mewasiatkan padaku agar melaksanakan shaum tiga hari setiap bulan, dua rakaat dhuha dan shalat witir sebelum tidur."(muttafaq alaih)

-mz-

 

manfaat kalimah syahadah

Membaca syahadah memang mempunyai manfaat. Selain sebagai asas pengakuan sebagai seorang Muslim, ia juga boleh dibaca untuk tujuan tertentu.

Jika anda inginkan perniagaan anda laris, ramai pelanggan dan jualan meningkat, amalkan membaca syahadah ini pada setiap pagi sebelum anda keluar menuju ke tempat kerja atau tempat perniagaan anda.

Cara membacanya ialah:

1. Hadapkan muka ke arah kiblat dan baca syahadah sebanyak 3 kali.
2. Membelakangkan kiblat dan baca syahadah sebanyak 3 kali.
3. Paling ke kanan dan baca syahadah sebanyak 3 kali.
4. Paling ke kiri dan baca syahadah sebanyak 3 kali.
5. Tunduk ke bawah dan baca syahadah sebanyak 3 kali.
6. Dongak ke atas dan baca syahadah sebanyak 3 kali.

Anugerah <https://www.facebook.com/anugerahquran>

nasihat IMAM AL-GHAZALI

Allรขh SWT berfirman,
"Wahai manusia!
Dunia adalah rumah bagi orang-orang yang tidak mempunyai rumah,
harta bagi mereka yang tidak berharta.

Orang-orang yang tidak berakal akan mengumpulkannya,
orang yang tidak mengerti akan membanggakannya,
orang yang tidak bertawakal pada Allรขh akan tamak padanya,
dan orang yang tak mengenal akan menuruti hawa nafsunya padanya.

Maka dari itu, siapa yang mencari kenikmatan dan kehidupan yang sementara,
berarti dia telah berbuat aniaya pada dirinya,
mendurhakai Tuhannya,
lupa pada akhirat,
dan tertipu oleh dunia.
Ia melakukan dosa, lahir dan batin.


♥|LIKE|SHARE|COMMENT|♥ Islam Di Hatiku <https://www.facebook.com/pages/Islam-Di-Hatiku/171995409632896>

petua awet muda cara Islam

  Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.



<https://www.facebook.com/wanitapermatahati>

Wanita Permata HATI <https://www.facebook.com/wanitapermatahati>
 
 
Tetaplah Tersenyum

Tersenyumlah walau terluka hatimu
Tersenyumlah di antara sesak nafasmu
Teruslah berjalan di antara kerikil hidupmu
Walau tertatih penuh kepiluan hatimu

Tegarlah di antara ombak hidupmu
Walau goyah bahtera di laut hatimu
Janganlah kau menyerah kalah
Walau hujan derita tercurah

Kuatkan jiwamu di balik airmata
Tetaplah bangkit walau jatuh di antara seribu dusta
Tetaplah jadi bintang bercahaya
Walau redup di balik hampa

Yakinlah akan kasih Tuhan
Percayalah akan ada jalan kebaikan
Bulatkan hati dalam doamu
Tuk bintang harapan hatimu

Mendalami Tentang Ajaran Agama Islam Dan Sejarah Islam Dimuka Bumi Ini <https://www.facebook.com/pages/Mendalami-Tentang-Ajaran-Agama-Islam-Dan-Sejarah-Islam-Dimuka-Bumi-Ini/146436852170281>

tolong-menolong

<https://www.facebook.com/UstazAhmadDusuki>
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani <https://www.facebook.com/UstazAhmadDusuki>



Teman2 sering bertanya,"Ustaz, jika ustaz tolong sesuatu kerja ini, apa yang ustaz dapat?".. ah soalan ini saya jawab dengan hadis ini..

ู…َู†ْ ู†َูَّุณَ ุนَู†ْ ู…ُุคْู…ِู†ٍ ูƒُุฑْุจَุฉً ู…ِู†ْ ูƒُุฑَุจِ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง، ู†َูَّุณَ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู†ْู‡ُ ูƒُุฑْุจَุฉً ู…ِู†ْ ูƒُุฑَุจِ ูŠَูˆْู…ِ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ، ูˆَู…َู†ْ ูŠَุณَّุฑَ ุนَู„َู‰ ู…ُุนْุณِุฑٍ، ูŠَุณَّุฑَ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูِูŠ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ูˆَุงู„ุขุฎِุฑَุฉِ، ูˆَู…َู†ْ ุณَุชَุฑَ ู…ُุณْู„ِู…ًุง ุณَุชَุฑَู‡ُ ุงู„ู„ู‡ُ ูِูŠ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ูˆَุงู„ุขุฎِุฑَุฉِ، ูˆَุงู„ู„ู‡ُ ูِูŠ ุนَูˆْู†ِ ุงู„ْุนَุจْุฏِ ู…َุง ูƒَุงู†َ ุงู„ْุนَุจْุฏُ ูِูŠ ุนَูˆْู†ِ ุฃَุฎِูŠู‡ِ،
"Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya."

Keyakinan saya terhadap sabda junjungan Rasulullah S.a.w terlalu tinggi, sabda junjungan inilah sentiasa menjadi motivasi dalam hidup di perjalanan dakwah ini, cubalah teman2.. jalan dakwah itu terbentang luas dihadapan kalian..

Friday 20 December 2013

DEMAM DAN MANFAATNYA




Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”

Membaca Ruqyah
Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:


Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.”
Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata:

“Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, “Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.’ Aisyah berkata: ‘Ajarilah aku.’ Baginda bersabda:


Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran.”

Jangan Mencela Demam
Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)

Hapus Dosa
Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”
Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.

sumber: SOLUSI

KEUTAMAAN SOLAT SUBUH

  

1. Shalat Subuh adalah Faktor Dilapangkannya Rezeki

" Hai Fatimah, bangun dan saksikanlah rezeki Rabbmu, karena ALLAH membagi-bagikan rezeki para hamba antara shalat subuh dan terbitnya matahari." (H.R. Baihaqi)...

2. Shalat Subuh Menjaga Diri Seorang Muslim

" Barangsiapa melaksanakan shalat subuh, maka ia kerada dalam jaminan ALLAH, maka jangan sampai ALLAH menarik kembali jaminan-Nya kepada kalian dengan sebab apapun."
(H.R. Muslim)

3. Shalat Subuh adalah Tolak Ukur Keimanan

" Diriwayatkan dari 'Abdullah bin Mas'ud, ia berkata," Kami melaksanakan shalat subuh berjama'ah bersama Nabi dan tidak ada yang ikut serta selain orang yang sudah jelas kemunafikannya."
(H.R. Muslim)

SUNNAH MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W.




1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan....

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

p/s : Semoga bermanfaat, Share pada yg lain.

Follow @ like : Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

 

DOA DALAM KESUSAHAN



 
Al-Anbiya' : Ayat 87

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata:
"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."

Fadhilat:


Doa/Tasbih Nabi Yunus AS semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwudhuk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

Di antara amalan yang mujarab untuk melepaskan bala atau untuk menunaikan apa-apa hajat:

1.Solat hajat 2 rakaat, kemudian selawat ke atas Nabi sebanyak 100 kali

2. Istighfar 100 kali, kemudian bacalah tasbih ini sebanyak 70,000 kali atau 10,000 kali atau 313 kali.

Amalkannya setiap hari selama 7 hari. Insya-Allah segala hajatnya akan ditunaikan Allah s.w.t.


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

***Sumber Dari : FB ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


words that can change u



http://www.highexistence.com/10-sentences-can-change-perspective-life/

Friday 13 December 2013

rawat tumit pecah



Petua 1 Masukkan beberapa keping asam keping dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki dalam masa setengah jam. Lakukan sekerap yang boleh sehingga tumit kaki anda kembali pulih.

Petua 2
Sapukan losyen setiap malam sebelum tidur. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda memilih losyen yang bertindak untuk membaiki kulit (skin repair).

Petua 3
Ambil sebiji betik muda yang berwarna sedikit kekuningan. Potong di bahagian kepalanya dan sapukan getah betik di tumit kaki yang merekah. Jangan risau, kerana getah betik tidak gatal. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga anda nampak hasilnya.

Petua 4
Selain betik, anda boleh menggunakan belimbing buluh juga. Dengan cara menggosok tumit kaki pada buah itu. Waktu terbaik untuk anda mengamalkan petua ini adalah selepas anda pulang dari kerja.

Petua 5
Rendamkan kaki anda dengan air suam, kemudia ambil bawang putih dan gosok pada bahagian tumit yang merekah sehingga tumit halus seperti dahulu.

Petua 6
Kita tidak tahu jika kita mempunyai alahan pada simen rumah. Jika anda seorang surirumah, pastikan memakai selipar walaupun ketika didalm rumah. Pastikan selipar anda itu selamat di gunakan di atas permukaan lantai.

Petua 7
Ketika anda mandi, sapukan ubat gigi pada bahagian tumit kaki dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Lakukannya setiap kali anda mandi dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba!

http://my.entertainment.yahoo.com/news/petua-mudah-merawat-tumit-pecah-073312771.html

LA TAHZAN




Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,

Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

by www.mohamednaqib.blogspot.com

like page warnahidupku, www.facebook.com/pages/WarnaHidupku/1830­56458413185

Pesnona Cinta

Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com



Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah

bismillahirrahmanirrahim



Dari hadis-hadis nabi saw.

1. Tidak ada dari seorang hamba yang membaca basmalah melainkan hancur syaitan seperti hancur timah diatas api.
2. Tidak ditolak doa yang dimulai dengan basmalah.
3. Apabila kamu hendak berdiri dari satu-satu majlis, bacalah basmalah wa shal lallah hu ala saiyidina Muhammadin wa a’lihi wa shabihi wa sallam, nescaya datang seorang malaikat dan ia akan menegah kepada sesiapa yang hendak mengumpat kamu.Barangsiapa membaca basmalah wa la quwwata illa billah hil aliyyil azhim, nescaya Allah swt menutup untuknya 70 pintu daripada balak, dukacita dan kesusahan.

Dari kata-kata para sahabat dan para salafussoleh.

1. Barangsiapa banyak membaca basmalah pada perkara-perkara yang dihajatinya, terutama mendapat rezeki, nescaya memudahkannya dan ia mengurniakan juga rasa hebat pada hati mereka yang memandang kepadanya.
2. Barangsiapa membaca basmalah sebanyak 1000 kali pada tiap-tiap hari, mudahlah ia memperolehi apa-apa yang dihajatinya.
3. Barangsiapa membaca basmalah 1000 kali pada tiap-tiap hari dan malamnya, terlepaslah ia dari bala dan kesusahan.
4. Sesiapa menulis basmalah sebanyak 35 kali pada satu kertas, kemudian ia menggantungnya di dalam rumah, maka terpeliharalah rumah itu dari syaitan, jin dan diberikan kepadanya berkat yang banyak dan Allah swt memelihara harta dan usahanya serta terhindar dari kesusahan.

http://e-mukmin.blogspot.com

Thursday 12 December 2013

keistimewaan surah al-ikhlas


FADHILAT SURAH AL-IKHLAS.
  1. Disebut surah al -ikhlas (menyelamatkan) kerana surah ini menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga sakaratulmaut dan menyelamatkannya dari gelap gelita kubur dan tragedi-tragedi hari kiamat.

  2. Dari Ubay ibn Ka'b r.a dari Nabi s.a.w. "barangsiapa membaca surah al-ikhlas satu kali maka Allah memberikan kepadanya dari pahala seorang yang beriman kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabnya dan rasul-rasulNya, dan dia memberi kepadanya - dari - pahala seperti pahala orang mati syahid".

  3. Dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. beliau bersabda yang bermakna: "Barangsiapa membaca Qulhuallah maka seakan-akan ia membaca seperti sepertiga al-Quran."

  4. Bersabda Rasulullah yang bermakna: "Barangsiapa membaca Qulhuallah 3x maka ia seperti membaca al-quran seluruhnya."

  5. bersabda rasulullah saw: "Barangsiapa yang membaca surah al-ikhlas dalam sembahyang-sembahyang fardunya maka Allah SWT mengampun kepadanya dan kedua orang tuanya, dan menghapuskan namanya dari buku induk orang-orang yang celaka dan menuliskannya didalam buku orang-orang yang beruntung."

  6. Sabda Rasulullah yang bermakna: " barangsiapa yang membaca al-ikhlas 10x maka Allah membangunkan untuknya rumah di dalam syurga."

  7. Imam al-Thabarani dari sahabat Jabir ibn Abdillah r.a. yang bermakna: "Barangsiapa membaca Al-ikhlas setiap hari 50x maka ia kelak di hari kiamat dipanggil dari kuburnya,"Bangunlah kamu, hai orang yang memuji Allah SWT, maka masuklah ke syurga."

  8. Maka janganlah lupa membaca al-ikhlas 10x setiap selesai sembahyang fardu.

  9. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, bahawasanya: "Barangsiapa yang membaca al-ilklas 100x di dalam atau di luar sembahyang maka Allah SWT menulis untuknya bebas dari neraka."

  10. Diriwayatkan oleh Imam Sahal ibn Sa'd r.a: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. diadukannya kefakirannya, lalu beliau s.a.w.bersabda: maksudnya"Apabila kamu masuk rumahmu maka ucapkan salam jika di dalamnya ada seseorang dan jika tidak ada seseorang di dalamnya, maka ucapkan salam atas dirimu, lalu ucapkan salam keatas nabi s.a.w. dan bacalah al-ikhlas satu kali."

SYAIR IMAM SYAFIE


SYAIR IMAM SYAFIE


Dalam sepotong syair, Imam al-Shafie r.a. pernah bermadah:
ู…ุง ููŠ ุงู„ู…ู‚ุงู…ِ ู„ุฐูŠ ุนู‚ู„ٍ ูˆุฐูŠ ุฃุฏุจِ ู…ِู†ْ ุฑَุงุญَุฉ ูَุฏุนِ ุงู„ุฃَูˆْุทَุงู†َ ูˆุงุบْุชَุฑِุจِ

ุณุงูุฑ ุชุฌุฏ ุนูˆุถุงً ุนู…َّู† ุชูุงุฑู‚ู‡ُ ูˆَุงู†ْุตِุจْ ูَุฅู†َّ ู„َุฐِูŠุฐَ ุงู„ْุนَูŠْุดِ ูِูŠ ุงู„ู†َّุตَุจِ
ุฅู†ูŠ ุฑุฃูŠุชُ ูˆู‚ูˆูَ ุงู„ู…ุงุก ูŠูุณุฏู‡ُ ุฅِู†ْ ุณَุงุญَ ุทَุงุจَ ูˆَุฅู†ْ ู„َู…ْ ูŠَุฌْุฑِ ู„َู…ْ ูŠَุทِุจِ
ูˆุงู„ุฃุณุฏُ ู„ูˆู„ุง ูุฑุงู‚ُ ุงู„ุฃุฑุถ ู…ุง ุงูุชุฑุณุช ูˆุงู„ุณَّู‡ู…ُ ู„ูˆู„ุง ูุฑุงู‚ُ ุงู„ู‚ูˆุณِ ู„ู… ูŠุตุจ
ูˆุงู„ุดู…ุณ ู„ูˆ ูˆู‚ูุช ููŠ ุงู„ูู„ูƒِ ุฏุงุฆู…ุฉ ู„َู…َู„َّู‡َุง ุงู„ู†َّุงุณُ ู…ِู†ْ ุนُุฌْู…ٍ ูˆَู…ِู†َ ุนَุฑَุจِ
ูˆุงู„ุชَّุจْุฑَ ูƒุงู„ุชُّุฑْุจَ ู…ُู„ْู‚َู‰ ููŠ ุฃَู…َุงูƒِู†ِู‡ِ ูˆุงู„ุนูˆุฏُ ููŠ ุฃุฑุถู‡ ู†ูˆุนً ู…ู† ุงู„ุญุทุจ
ูุฅู† ุชุบุฑَّุจ ู‡ุฐุง ุนุฒَّ ู…ุทู„ุจู‡ُ ูˆุฅู†ْ ุชَุบَุฑَّุจَ ุฐَุงูƒَ ุนَุฒَّ ูƒุงู„ุฐَّู‡َุจِ


Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat # Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,
Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan # Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.
Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri # Sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.
Singa sekiranya tidak keluar daripada kepompong dunianya, nescaya tidak akan dijinakkan # Anak panah, kalau tidak berpisah dengan busurnya, nescaya tidak akan mengena sasaran.
Matahari sekiranya tidak bergerak daripada orbit selama-lamanya # nescaya akan bosanlah manusia, Arab dan ‘Ajam
Emas hitam (di dalam tanah lombong lagi) adalah sama seperti tanah biasa sekiranya tidak dikeluarkan # Dan kayu ‘aud (dibuat minyak wangi/gaharu-sic) sekiranya kekal di tanah, maka samalah seperti kayu biasa.
Jika (kayu ‘aud) itu dikeluarkan, maka hebat dan tinggilah permintaannya # dan jika (emas tanah hitam) itu dikeluarkan, maka hebatlah ia seperti (menjadi) emas.
 
*Kesimpulannya kita perlu merantau ke tempat orang sebab kita akan menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sangat berharga..insyaallah


 

 

keistimewaan surah al-taubah ayat 128-129


Penjelasan:
Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah sebanyak 7x yang diulang sesudah solat fardhu, maka:

- jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
- jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
- jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
- jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
- jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
- jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
- jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

sumber: http://e-mukmin.blogspot.com/2009/04/at-taubah-ayat-128-129-ertinya-sungguh.html

Wednesday 4 December 2013

puasa nazar

Batal Pada Puasa Nazar Berturut-turut
Nazar adalah mengharuskan suatu ibadah yang pada dasarnya menurut syariat tidaklah wajib dengan lafazh yang menunjukkan hal itu, seperti seorang yang mengatakan,”Demi Allah aku harus mensedekahkan uang dengan jumlah sekian,” atau,”Apabila Allah menyembuhkan penyakitku maka wajib bagiku untuk berpuasa tiga hari.” Atau lafazh-lafazh yang seperti itu. (Fiqhus Sunnah juz III hal 33)
Disyariatkannya nadzar bisa dilihat dari dalil-dalil yang ada didalam Al Qur’an maupun sunnah :

ูˆَู„ْูŠُูˆูُูˆุง ู†ُุฐُูˆุฑَู‡ُู…ْ
Artinya : “Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka.” (QS. Al Hajj : 29)

ูŠُูˆูُูˆู†َ ุจِุงู„ู†َّุฐْุฑِ ูˆَูŠَุฎَุงูُูˆู†َ ูŠَูˆْู…ًุง ูƒَุงู†َ ุดَุฑُّู‡ُ ู…ُุณْุชَุทِูŠุฑًุง
Artinya : “Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana.” (QS. Al Insan : 7)

ูˆَู…َุง ุฃَู†ูَู‚ْุชُู… ู…ِّู† ู†َّูَู‚َุฉٍ ุฃَูˆْ ู†َุฐَุฑْุชُู… ู…ِّู† ู†َّุฐْุฑٍ ูَุฅِู†َّ ุงู„ู„ّู‡َ ูŠَุนْู„َู…ُู‡ُ ูˆَู…َุง ู„ِู„ุธَّุงู„ِู…ِูŠู†َ ู…ِู†ْ ุฃَู†ุตَุงุฑٍ
Artinya : “Apa saja yang kamu nafkahkan atau apa saja yang kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. orang-orang yang berbuat zalim tidak ada seorang penolongpun baginya.” (QS. Al Baqoroh : 270)

Adapun didalam as Sunnah, diantaranya hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dari Aisyah bahwa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa yang bernazar untuk menaati Allah maka taatilah dan barangsiapa yang bernazar untuk maksiat terhadap-Nya maka janganlah dia bermaksiat terhadap-Nya.”

Suatau ketika Umar bin Khottob ketika berada di Ji’ronah setelah kembali dari Thaif berkata,”Wahai Rasulullah sesungguhnya aku pernah bernazar pada masa jahiliyah untuk melakukan itikaf sehari di Masjidil Haram maka apa pendapatmu?” beliau saw bersabda,”Pergilah (ke sana) dan beritikaflah sehari.” (HR. Muslim)

Dengan demikian apabila anda telah bernazar untuk melakukan puasa selama satu minggu berturut-turut maka diwajibkan bagi anda menunaikannya. Apabila anda menazarkan satu minggu tertentu seperti satu minggu di bulan maret atau april atau lainnya maka diwajibkan bagi anda untuk menunaikan nazar tersebut pada hari-hari yang telah anda tentukan saat bernazar. Adapun apabila anda tidak menentukan satu minggu tersebut pada waktu-waktu tertentu maka anda diwajibkan menunaikan satu minggu itu pada waktu-waktu yang anda inginkan.

Jika anda bernazar untuk melakukan puasa satu minggu berturut-turut pada waktu tertentu kemudian puasa anda batal pada hari-hari tersebut, misalnya : pada hari kelima maka diwajibkan bagi anda untuk mengulangi kembali dari awal puasa seminggu berturut-turut tersebut tanpa harus mengeluarkan kafarat nazar, demikian pendapat para ulama madzhab Hanafi, Maliki dan Syafi’i, dan pendapat inilah yang paling tepat.

Begitu pula apabila anda bernazar untuk melakukan puasa satu minggu berturut tanpa menentukan waktu tertentu untuk melakukannya maka ketika puasa anda batal pada salah satu hari dari ketujuh hari tersebut, misalnya : hari kelima maka diwajibkan bagi anda untuk memulai dari awal puasa seminggu berturut-turut tersebut dari awal pada hari-hari yang anda inginkan tanpa harus mengeluarkan kafarat, demikianlah pendapat jumhur ulama.

Kedudukan Puasa Nazar
Sebagaimana penjelasan diatas bahwa nazar berarti mewajibkan suatu ibadah yang pada dasarnya tidak wajib menjadi wajib bagi orang yang bernazar tersebut. Dan selama isi dari nazar tersebut adalah ketaatan kepada Allah dan bukan kemaksiatan terhadapnya maka diwajibkan baginya untuk menunaikannya, seperti : seorang yang bernazar untuk melakukan itikaf di masjid, puasa, mengkhatamkan al Qur’an dan lainnya.
Hal itu berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Bukhori dari Aisyah bahwa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa yang bernazar untuk taat kepada Allah maka hendaklah ia mentaati-Nya dan barangsiapa yang bernazar untuk maksiat terhadap Allah maka janganlah dia maksiat terhadap-Nya.”

Nazar yang Tidak Tertunaikan
Apabila suatu nazar tidak bisa ditunaikan oleh seorang yang telah bernazar maka diwajibkan baginya untuk membayar kafarat berupa memberi makan 10 orang miskin, atau memberi pakaian kepada mereka atau membebaskan budak. Dan jika dirinya tidak menyanggupinya maka diwajikan baginya untuk berpuasa selama tiga hari, berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Uqbah bin ‘Amir bahwasanya Nabi saw bersabda,”Kafarat nazar adalah kafarat sumpah.”

Firman Allah swt :
ู„ุงَ ูŠُุคَุงุฎِุฐُูƒُู…ُ ุงู„ู„ّู‡ُ ุจِุงู„ู„َّุบْูˆِ ูِูŠ ุฃَูŠْู…َุงู†ِูƒُู…ْ ูˆَู„َูƒِู† ูŠُุคَุงุฎِุฐُูƒُู… ุจِู…َุง ุนَู‚َّุฏุชُّู…ُ ุงู„ุฃَูŠْู…َุงู†َ ูَูƒَูَّุงุฑَุชُู‡ُ ุฅِุทْุนَุงู…ُ ุนَุดَุฑَุฉِ ู…َุณَุงูƒِูŠู†َ ู…ِู†ْ ุฃَูˆْุณَุทِ ู…َุง ุชُุทْุนِู…ُูˆู†َ ุฃَู‡ْู„ِูŠูƒُู…ْ ุฃَูˆْ ูƒِุณْูˆَุชُู‡ُู…ْ ุฃَูˆْ ุชَุญْุฑِูŠุฑُ ุฑَู‚َุจَุฉٍ ูَู…َู† ู„َّู…ْ ูŠَุฌِุฏْ ูَุตِูŠَุงู…ُ ุซَู„ุงَุซَุฉِ ุฃَูŠَّุงู…ٍ ุฐَู„ِูƒَ ูƒَูَّุงุฑَุฉُ ุฃَูŠْู…َุงู†ِูƒُู…ْ ุฅِุฐَุง ุญَู„َูْุชُู…ْ ูˆَุงุญْูَุธُูˆุงْ ุฃَูŠْู…َุงู†َูƒُู…ْ ูƒَุฐَู„ِูƒَ ูŠُุจَูŠِّู†ُ ุงู„ู„ّู‡ُ ู„َูƒُู…ْ ุขูŠَุงุชِู‡ِ ู„َุนَู„َّูƒُู…ْ ุชَุดْูƒُุฑُูˆู†َ
Artinya : “Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, Maka kafarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, Maka kafaratnya puasa selama tiga hari. yang demikian itu adalah kafarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya).” (QS. Al Maidah : 89)
Wallahu A’lam

source: http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/puasa-nadzar-dalam-pandangan-islam.htm#.Up9AG7eIo1I

Monday 2 December 2013

SOLAT SUNAT HADIAH

Tiada  hadis yang jelas menyebutkan SOLAT SUNAT HADIAH. Solat jenazah dan Solat Ghaib sahaja yang disyariatkan. Kalau kita nak juga sembahyang  , sembahyang dengan niat solat sunat Mutlaq sahaja dan kemudian minta Allah ampunkan dosa simati. Akhir kalam, ketahulilah bahawa segala amalan kebajikan yang dikaitkan untuk simati adalah sampai pahalanya.


Tersebut dalam Hasyah atas Syarah Sittin Masalah Arrimli, bagi Ahmad Almihi Annu’mani, pada m/s 67:




ุนู† ูƒุชุงุจ ุงู„ู…ุฎุชุงَุฑِ ูˆู…ุทุงู„ุน ุงู„ุงَู†ูˆุงุฑ ุนู†ِ ุงู„ู†َّุจِูŠ ุตَู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…
ู„ุง ูŠุฃุชู‰ ุนู„ู‰ ุงู„ู…ูŠِุช ุงุดุฏ ู…ู† ุงู„َูŠู„َุฉ ุงู„ุงูˆู„ู‰ ูَุงุฑุญู…ูˆุง ู…ูˆุชุงูƒู… ุจุงู„ุตุฏู‚ุฉِ
ูَู…َู† ู„ู… ูŠุฌุฏ ูู„ูŠุตู„ ุฑูƒุนุชูŠู†ِ . ูŠู‚ุฑุฃ ูู‰ ูƒู„ ุฑูƒุนุฉ ู…ู†ู‡ู…َุง ูุงุชุญุฉ ุงู„ูƒุชุงุจ
ูˆุงูŠุฉ ุงู„ูƒุฑุณูŠ ูˆุงู„ู‡ูƒู… ุงู„ุชูƒุงุซุฑ ูˆู‚ู„ ู‡ُูˆ ุงู„ู„ู‡ُ ุงุญุฏُ ุงุญْุฏู‰ ุนุดุฑุฉ ู…ุฑุฉ ูˆูŠู‚ูˆู„ :


ุงู„ู„ู‡ُู… ุงู†ู‰ْ ุตู„ูŠุชُ ู‡َุฐู‡ ุงู„ุตู„ุงุฉَ ูˆุชุนู„ู…ُ ู…َุง ุงุฑِูŠุฏُ .
ุงู„ู„ู‡ُู… ุงุจุนุซْ ุซูˆุงุจู‡ุง ุงู„ู‰ ู‚َุจุฑ ูู„ุงَู†ِ ุจู†ِ ูُู„ุงَู†َุฉ
ููŠَุจุนุซ ุงู„ู„ู‡ُ ู…ِู† ุณَุงุนุชู‡ ุงู„ู‰ ู‚ุจุฑู‡ ุงู„ู ู…ู„ูƒ ู†ูˆุฑ ูˆู‡َุฏูŠุฉٌ
ูŠุคْู†ِุณُูˆْู†ู‡ُ ูู‰ ู‚ุจุฑู‡ِ ุงู„ู‰ ุงู† ูŠู†ูุฎ ูู‰ ุงู„ุตูˆุฑ ูˆูŠุนْุทِู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุงู„ู…ุตู„ูŠَ ุจุนุฏุฏ
ู…َุง ุทู„ุนَุชْ ุนู„ูŠู‡ ุงู„َุดู…ุณ ุญุณَู†َุงุช ูˆูŠุฑูุนُ ุงู„ู„ู‡ُ ู„ู‡ ุงุฑุจุนูŠู† ุงู„ู ุฏุฑุฌุฉ
ูˆุงุฑุจุนูŠู† ุงู„ู ุญุฌุฉ ูˆุนู…ุฑَุฉ ูˆูŠุจู†ู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ู„ู‡ ุงู„ู ู…ุฏูŠู†ุฉ
ูู‰ ุงู„ุฌู†ุฉ ูˆَูŠُุนْุทู‰ ุซูˆุงุจ ุงู„ู ุดู‡ูŠุฏ ูˆูŠูƒุณู‰ ุงู„ู ุญู„ุฉٍ .


Ertinya: Sabda Nabi s.a.w: Tidaklah datang (cubaan) atas diri mayat yang lebih hebat dari malam pertama. Maka kasihanilah mayat-mayatmu itu dengan sedekah. Maka barangsiapa yang tidak mendapatkannya, hendaklah dilakukannya sembahyang 2 rakaat yang dibacakan pada tiap-tiap rakaat surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi, Alhakumuttakasur, Qulhuallahuahad 11 kali, lalu diucapkannya:

Ya Allah! Sesungguhnya aku telah lakukan sembahyang ini, sedang Engkau Maha Mengetahui apa yang aku maksudkan. Ya Allah! Kirimkanlah pahalanya kekubur si Fulan bin Fulanah, nescaya mengirimkanlah Allah Taala pada saat itu juga seribu malaikat, bersama tiap-tiap malaikat itu nur dan hadiah. Berjinak-jinak mereka itu bersamanya di dalam kubur sampai ditiup sangkakala. Dan dikurnia Allah Taala kepada yang melakukan sembahyang ini sebanyak barang yang terkena sinar matahari akan kebajikan dan Allah Taala angkatkan baginya 40 ribu darjat, 40 ribu haji dan umrah dan dibina baginya seribu kota di dalam syurga dan diberi pahala seribu syahid dan dipakaikan seribu persalinan.
 
 
Adalah sembahyang yang dilakukan sebanyak 2 rakaat sebagai sunat mutlak, pada malam yang pertama sesudah mayat dikebumikan.

Dibaca pada tiap-tiap rakaat sesudah membaca Al-Fatihah:

- Ayat Kursi - 1 kali.

- At-Takasur - 1 kali.

-Al-Ikhlas - 11 kali.

Doa sesudah sembahyang sunat hadiah:

ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงِู†ِّูŠْ ุตَู„َّูŠْุชُ ู‡َุฐِู‡ِ ุงู„ุตَّู„ุงَุฉَ ูˆَุงَู†ْุชَ ุชَุนْู„َู…ُ ู…َุง ุงُุฑِูŠْุฏُ .
ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงุจْุนَุซْ ุซَูˆَุงุจَู‡َุง ุงِู„َู‰ ู‚َุจْุฑِ ูُู„ุงَู†ِ ุจْู†ِ ูُู„ุงَู†َุฉٍ

Ertinya: Ya Allah! Aku telah lakukan sembahyang ini, sedang Engkau Maha Mengetahui apa yang aku kehendaki. Ya Allah! Kirimkan pahalanya kepada kubur si Fulan bin Fulanah
 
Solat Sunat Hadiah
1. Ianya dilakukan selepas jenazah dikebumikan
2. Ianya dilakukan berseorangan
3. Waktu Afdal antara Magrib ke Isyak malam pertama jenazah dikebumikan
4. Dilakukan sebanyak 2 rakaat


SOURCE:
http://madrasahaliyah.blogspot.com/2008/04/sembahyang-sunat-hadiah.html
http://ustazcikgudin.blogspot.com/2010/12/hukum-sembahyang-hadiah-atau-solat.html
http://hashimhabeed.blogspot.com/2008/05/sembahyang-sunat-hadiah.html