Thursday 26 December 2013

amalan penyeri wajah


    AMALAN PENYERI WAJAH.

    Khusus Kepada :

    1) Yang mengalami masalah ‘Berat Jodoh’...
    2) Calon-calon temuduga kerja atau temuduga dengan bakal bapa mertua.
    3) Mereka yang ingin sentiasa berukhwah baik dengan masyarakat, yang pasti paling utama adalah Adab dan Akhlak didahulukan.

    *Jika ada niat yang lain daripada hal di atas, segalanya atas tanggungan sendiri.

    KAEDAHNYA :

    Dibacakan-

    1) SurahYusuf : 4
    إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ
    (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".


    2) Surah Thoha : 39

    وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي
    “dan AKU telah tanamkan dari kemurahanKU perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKU.”


    Setiap kali selepas Solat Subuh (setelah selesai wirid hasanah mahupun darajat), setiap satu ayat di atas dibacakan 3x pada sebekas air putih bersih.

    Kemudian disapukan ke wajah sebelum keluar rumah, dengan dirautkan dari dagu ke dahi (penuh wajah) 3x, sambil berselawat.

    InsyaALLAH, semoga ALLAH mempermudahkan urusan kalian.

    Ditulis oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus

    * Nota Kaki *

    >>>PESANAN dari Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus<<<
    * Izinkan amal kepada yang yakin pada Qudrat dan Iradat ALLAH. Semoga ALLAH permudah sekalian urusan.
    * Sekiranya ada rasa tidak yakin tidak perlu amal dan sebaiknya janganlah menghukum.

MUHASABAH CINTAMU~

0 comments:

Post a Comment