Monday 2 December 2013

SOLAT SUNAT HADIAH

Tiada  hadis yang jelas menyebutkan SOLAT SUNAT HADIAH. Solat jenazah dan Solat Ghaib sahaja yang disyariatkan. Kalau kita nak juga sembahyang  , sembahyang dengan niat solat sunat Mutlaq sahaja dan kemudian minta Allah ampunkan dosa simati. Akhir kalam, ketahulilah bahawa segala amalan kebajikan yang dikaitkan untuk simati adalah sampai pahalanya.


Tersebut dalam Hasyah atas Syarah Sittin Masalah Arrimli, bagi Ahmad Almihi Annu’mani, pada m/s 67:




عن كتاب المختاَرِ ومطالع الاَنوار عنِ النَّبِي صَلى اللهُ عليه وسلم
لا يأتى على الميِت اشد من الَيلَة الاولى فَارحموا موتاكم بالصدقةِ
فَمَن لم يجد فليصل ركعتينِ . يقرأ فى كل ركعة منهمَا فاتحة الكتاب
واية الكرسي والهكم التكاثر وقل هُو اللهُ احدُ احْدى عشرة مرة ويقول :


اللهُم انىْ صليتُ هَذه الصلاةَ وتعلمُ مَا ارِيدُ .
اللهُم ابعثْ ثوابها الى قَبر فلاَنِ بنِ فُلاَنَة
فيَبعث اللهُ مِن سَاعته الى قبره الف ملك نور وهَديةٌ
يؤْنِسُوْنهُ فى قبرهِ الى ان ينفخ فى الصور ويعْطِى اللهُ المصليَ بعدد
مَا طلعَتْ عليه الَشمس حسَنَات ويرفعُ اللهُ له اربعين الف درجة
واربعين الف حجة وعمرَة ويبنى اللهُ له الف مدينة
فى الجنة وَيُعْطى ثواب الف شهيد ويكسى الف حلةٍ .


Ertinya: Sabda Nabi s.a.w: Tidaklah datang (cubaan) atas diri mayat yang lebih hebat dari malam pertama. Maka kasihanilah mayat-mayatmu itu dengan sedekah. Maka barangsiapa yang tidak mendapatkannya, hendaklah dilakukannya sembahyang 2 rakaat yang dibacakan pada tiap-tiap rakaat surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi, Alhakumuttakasur, Qulhuallahuahad 11 kali, lalu diucapkannya:

Ya Allah! Sesungguhnya aku telah lakukan sembahyang ini, sedang Engkau Maha Mengetahui apa yang aku maksudkan. Ya Allah! Kirimkanlah pahalanya kekubur si Fulan bin Fulanah, nescaya mengirimkanlah Allah Taala pada saat itu juga seribu malaikat, bersama tiap-tiap malaikat itu nur dan hadiah. Berjinak-jinak mereka itu bersamanya di dalam kubur sampai ditiup sangkakala. Dan dikurnia Allah Taala kepada yang melakukan sembahyang ini sebanyak barang yang terkena sinar matahari akan kebajikan dan Allah Taala angkatkan baginya 40 ribu darjat, 40 ribu haji dan umrah dan dibina baginya seribu kota di dalam syurga dan diberi pahala seribu syahid dan dipakaikan seribu persalinan.
 
 
Adalah sembahyang yang dilakukan sebanyak 2 rakaat sebagai sunat mutlak, pada malam yang pertama sesudah mayat dikebumikan.

Dibaca pada tiap-tiap rakaat sesudah membaca Al-Fatihah:

- Ayat Kursi - 1 kali.

- At-Takasur - 1 kali.

-Al-Ikhlas - 11 kali.

Doa sesudah sembahyang sunat hadiah:

اَللَّهُمَّ اِنِّيْ صَلَّيْتُ هَذِهِ الصَّلاَةَ وَاَنْتَ تَعْلَمُ مَا اُرِيْدُ .
اَللَّهُمَّ ابْعَثْ ثَوَابَهَا اِلَى قَبْرِ فُلاَنِ بْنِ فُلاَنَةٍ

Ertinya: Ya Allah! Aku telah lakukan sembahyang ini, sedang Engkau Maha Mengetahui apa yang aku kehendaki. Ya Allah! Kirimkan pahalanya kepada kubur si Fulan bin Fulanah
 
Solat Sunat Hadiah
1. Ianya dilakukan selepas jenazah dikebumikan
2. Ianya dilakukan berseorangan
3. Waktu Afdal antara Magrib ke Isyak malam pertama jenazah dikebumikan
4. Dilakukan sebanyak 2 rakaat


SOURCE:
http://madrasahaliyah.blogspot.com/2008/04/sembahyang-sunat-hadiah.html
http://ustazcikgudin.blogspot.com/2010/12/hukum-sembahyang-hadiah-atau-solat.html
http://hashimhabeed.blogspot.com/2008/05/sembahyang-sunat-hadiah.html

0 comments:

Post a Comment