Tuesday 4 February 2014

doa permudah urusan



 
Doa ini adalah doa yang sahih daripada Rasulullah yang mengandungi permohonan berbagai kemudahan dalam segala urusan. Semoga ianya bermanfaat.
 

Dari Anas bin Malik, beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda;
“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa.”(Ya Allah! Tiada kesenangan kecuali yang Dikau permudahkan; Dan Dikaulah menjadikan kesedihan (kesukaran), jika Dikau mengkehendakinya pasti akan menjadi mudah.)”
 
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya (3/255). Diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi ‘Umar, Ibnus Sunni dalam ‘Amal Yaum wal Lailah’. (Jaami’ul Ahadits, 6/257, Asy Syamilah).
 
Sanad hadis ini sahih sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Syu’aib Al Arnauth dalam tahqiqnya terhadap Sahih Ibnu Hibban.
 
 
Manusia mempunyai kehendak. Tetapi kehendak tersebut hanya boleh direalisasikan dengan baik dan sempurna, jika Allah menghendakinya. Oleh kerana itu, hati seharusnya bersandar pada Yang Maha Khaliq iaitu Allah سبحانه وتعالى.
 
Perlunya beriman kepada takdir Ilahi dengan baik dan redha supaya tidak menjadikan seseorang semakin dukacita di atas segala musibah atau kesukaran yang menimpanya.
 
Takdir di satu bahagian kelihatan agak menyakitkan. Namun Yakinlah! Jika kita melihat dari sebelah yang lain pula, pasti ada yang terbaik dan hikmah tersembunyi yang terdapat di sebalik semua yang terjadi itu.
 

0 comments:

Post a Comment