Kaedah Islam
Untuk
pengatahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga
mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
menjelaskan:
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ
فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.
Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah
dari syaitan.
Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya,
hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan
dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia
(mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

Rasulullah
s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi
yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya,
kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang
ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat
hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari
mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi
tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat
lain.
Rasulullah
juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain
sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat
pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup
kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan
kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh
yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.
Yang
dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah
al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca
yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah,
dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah
dosaku.
Setelah
itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati
apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan
dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di
tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.
Perbanyakkan
istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang
beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya
sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di
pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu
Istighfar).
Banyak
kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh
Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza,
menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.
Perbanyakkan
istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang
beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya
sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di
pesisiran pantai.
Akhir
sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak
kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh
Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza,
menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.