Allah SWT berfirman,
“Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan,
mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan
perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka
dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan
kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana
takut kepada-Nya”*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)
Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:
1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW
bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan
bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa
‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”*(Hadith
ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)
2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia
berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah,
ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”* (Sahih Muslim no. 469)
3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah
SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada
orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan”*(Hadith ini disahihkan oleh
Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim
meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya
Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung
saf-saf”*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib
wat Tarhib I/272)
5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW
bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh
dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya
itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang
lalu”*(Sahih Bukhari no. 782)
6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama
ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal
wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”*(Al
Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)
Sumberhttp://ohislam.com/6-orang-yang-mendapat-doa-para-malaikat
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia
lain.
***Sumber Dari : FB Fb LayarMinda