Saturday, 12 October 2013



Ku berikan hatiku pada dunia

Dunia menipu, mempersenda, meletakkan aku di lembah kehinaan,

Ku berikan hatiku pada manusia

Manusia memperguna, mengata dan memfitnahku,

Ku berikan hatiku pada tuhan

Ku dibelai, disayangi dan dilindungi,

Namun aku adalah manusia yang tahu

Tetapi, leka dan terpedaya dengan duniawi...
 
re-editted

sunnah sebelum tidur



 
Apabila jiwa kosong 
maka kehidupan umpama lorong duka lara,
simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan
sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.

Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam
juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.
Jiwa adalah sarang kebahagiaan,
taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.
Kemanakah perginya kelazatan
pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan.
Dari manakah datangnya kepanasan
di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.
Manusia tetap manusia,
memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwanya
agar dirinya mengenal erti takut dan tunduk.
Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian
dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.
Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan
serta ketinggian untuk memetik buah kebahagian
dalam rimbunan pepohon keimanan.
 
Amalndunia.blogspot.com
 
 
 
 

RAHSIA AL-FATIHAH



:: RAHSIA SURAH ALFATIHAH ::

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman
3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental...
4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan.
5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

~WALLAHUALAM BISAUWAB~

Share

AYAT SERIBU DINAR


 
 
AYAT SERIBU DINAR

Sesiapa yang mewiridkan ayat 1000 Dinar, Allah s.w.t akan murahkan rezekinya dan memberi keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Amalan membaca ayat ini selepas menunaikan Solat Fardhu 5 waktu sebagai usaha untuk memohon supaya dengan keberkatan ayat itu sendiri, Allah akan melimpahkan rezeki kepadanya.

Ayat ini dipetik dari Surah At-Tholaq [65:3] yang bermaksud:

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Ayat ini daripada Rijalu'Ighaib, diberikan kepada seorang lelaki di tengah lautan dengan hadiah 1000 dinar.

Siapa yang mewiridkan membacanya setiap kali sesudah menunaikan Solat Fardhu 5 waktu, nescaya Allah murahkan rezekinya dan ia bakal mencapai kemuliaan di dunia dan di akhirat.

Barangsiapa membaca ayat ini sesudah menunaikan Solat Fardhu dengan bilangan ganjil iaitu 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 dan seterusnya, nescaya akan ditolak kesulitan yang dihadapinya.

Malah Allah s.w.t akan melapangkan urusannya dan pengamalnya berasa tenang. Pergaulan seharian serta pekerjaan juga menjadi mudah.


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

***Sumber Dari : FB ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

SEBUT DAN HAYATI


* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* SUBHANA'LLAH

* ALHAMDULI'LLAH

* LAA I LAAHA ILLA'LLAH

* ALLAHU AKBAR

* ASTAGHFIRU'LLAH

* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH

* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN*

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan.


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.


***Sumber Dari : FB wan nasrah

orang yang mendapat doa MALAIKAT



Allah SWT berfirman,
“Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”* (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan”*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf”*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu”*(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Sumberhttp://ohislam.com/6-orang-yang-mendapat-doa-para-malaikat


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.


***Sumber Dari : FB Fb LayarMinda