Friday, 20 December 2013

KEUTAMAAN SOLAT SUBUH

  

1. Shalat Subuh adalah Faktor Dilapangkannya Rezeki

" Hai Fatimah, bangun dan saksikanlah rezeki Rabbmu, karena ALLAH membagi-bagikan rezeki para hamba antara shalat subuh dan terbitnya matahari." (H.R. Baihaqi)...

2. Shalat Subuh Menjaga Diri Seorang Muslim

" Barangsiapa melaksanakan shalat subuh, maka ia kerada dalam jaminan ALLAH, maka jangan sampai ALLAH menarik kembali jaminan-Nya kepada kalian dengan sebab apapun."
(H.R. Muslim)

3. Shalat Subuh adalah Tolak Ukur Keimanan

" Diriwayatkan dari 'Abdullah bin Mas'ud, ia berkata," Kami melaksanakan shalat subuh berjama'ah bersama Nabi dan tidak ada yang ikut serta selain orang yang sudah jelas kemunafikannya."
(H.R. Muslim)

SUNNAH MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W.




1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan....

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

p/s : Semoga bermanfaat, Share pada yg lain.

Follow @ like : Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

 

DOA DALAM KESUSAHAN



 
Al-Anbiya' : Ayat 87

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata:
"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."

Fadhilat:


Doa/Tasbih Nabi Yunus AS semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwudhuk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

Di antara amalan yang mujarab untuk melepaskan bala atau untuk menunaikan apa-apa hajat:

1.Solat hajat 2 rakaat, kemudian selawat ke atas Nabi sebanyak 100 kali

2. Istighfar 100 kali, kemudian bacalah tasbih ini sebanyak 70,000 kali atau 10,000 kali atau 313 kali.

Amalkannya setiap hari selama 7 hari. Insya-Allah segala hajatnya akan ditunaikan Allah s.w.t.


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

***Sumber Dari : FB ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


words that can change u



http://www.highexistence.com/10-sentences-can-change-perspective-life/

Friday, 13 December 2013

rawat tumit pecah



Petua 1 Masukkan beberapa keping asam keping dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki dalam masa setengah jam. Lakukan sekerap yang boleh sehingga tumit kaki anda kembali pulih.

Petua 2
Sapukan losyen setiap malam sebelum tidur. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda memilih losyen yang bertindak untuk membaiki kulit (skin repair).

Petua 3
Ambil sebiji betik muda yang berwarna sedikit kekuningan. Potong di bahagian kepalanya dan sapukan getah betik di tumit kaki yang merekah. Jangan risau, kerana getah betik tidak gatal. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga anda nampak hasilnya.

Petua 4
Selain betik, anda boleh menggunakan belimbing buluh juga. Dengan cara menggosok tumit kaki pada buah itu. Waktu terbaik untuk anda mengamalkan petua ini adalah selepas anda pulang dari kerja.

Petua 5
Rendamkan kaki anda dengan air suam, kemudia ambil bawang putih dan gosok pada bahagian tumit yang merekah sehingga tumit halus seperti dahulu.

Petua 6
Kita tidak tahu jika kita mempunyai alahan pada simen rumah. Jika anda seorang surirumah, pastikan memakai selipar walaupun ketika didalm rumah. Pastikan selipar anda itu selamat di gunakan di atas permukaan lantai.

Petua 7
Ketika anda mandi, sapukan ubat gigi pada bahagian tumit kaki dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Lakukannya setiap kali anda mandi dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba!

http://my.entertainment.yahoo.com/news/petua-mudah-merawat-tumit-pecah-073312771.html

LA TAHZAN




Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,

Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

by www.mohamednaqib.blogspot.com

like page warnahidupku, www.facebook.com/pages/WarnaHidupku/1830­56458413185

Pesnona Cinta

Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com



Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah