Sunday, 21 April 2013

cinta hakiki



Sekiranya kita cinta kepada manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita, tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, niscaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai, tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehmu kepadaku, maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah keranaMu, dan campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku adalah keranaMu.
Namun andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku, berikanlahku kekuatan agar pasrah dalam mengarungi ujian yang Kau berikan kepadaku.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMU.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku dari cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.



Saturday, 30 March 2013

surah amalan

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Sila share - Semoga dapat menjadi amalan kita semua. :-)

waktu...


Waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Waktu untuk bermain, itu adalah rahasia dari masa muda yang abadi.
Waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Waktu untuk bekerja, itu adalah nilai produktiviti.
Waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

copy n paste =D

Wednesday, 27 March 2013

nasi lemak oiii

25 april 2013

bertolak pulang ke upm dari pukul 12 tengah malam dan sampai pada pukul 5.30 pg. lepas tu, jumpa la tipah dengan su dekat lrt..tunggu2..naik train...tut..tut..tut...tot..lepas tu decide turun dekat sungia besi dengan harapan boleh balik cpt.
lepas tu turun la kat sg besi...kami pun tunggulah teksi nk blik serdang...tunggu punya tunggu teksi x dtg2..setengah jam lepas tu baru ada teksi...keciwa yg lah teramat sbb apa yg dirancang x jd.."lepas ni memang xnak turun kt sg besi dah" hmmm...
yg bestnya sementara tunggu teksi datang ternampaklah seorang pak cik dengan dua orang anak dia sedang siap2 nak berniaga nasi lemak. frust tunggu teksi plus perut yg lapar, belilah nasi lemak kat situ..yg syoknya sikit punya mahal harga sebungkus nasi lemak..rm3.50 dengan berlaukkan kerang sahaja...emmmm
sudah jatuh ditimpa tangga...jd mau x mau bayar laa...nak marah ka? tak payah laaaa....anggap ja tu rezeki pak cik tu..kalau kami naik teksi awal lagi mesti pak cik tu x dapat rezeki dari kami bertiga..dan mungkin dia berdoa tambahkan rezeki dia..dan kamilah yg terpilih untuk menambahkan rezeki pak cik tu...tp lain kali x beli dh laaa.. =D

kesimpulannya semua yg berlaku ada sebab dan akibat..jd terpulang pada kita macam mana kita nak  interpret benda tu...nk marah ke? tak payah laaa..redha ja la

sempurna

janganlah terlalu mengejar yang sempurna
kadang-kadang yang ada depan mata lebih baik
intan permata dipuja disangka berharga
gelas kaca dipandang sebelah mata
dan akhirnya intan permata tiada
gelas kaca pun sirna

tulah kehidupan..bila kita terlalu cari insan yg smpurna, kita x pndang rumput di tgh jalan sbb nk kejar bunga di hujung jalan..last2 yg dikejar x dpt yg dikendong berciciran..pesanan utk siri sendiri jgak, jgn pndang paras rupa smata-mata..yg penting agama dan keturunannya..
baru perasan rupa-rupanya aku terlalu memilih sebelum ni..last2 hidup sendiri..cubalah beri peluang pd yg berhak...x kenal maka x cinta...tp kdg2 kita bkn x nak cuma berhati-hati..xnak pisang berbuah 2 kali...hmmmm

p/s:sebaik-baik cinta ialah cinta pada ILAHI =D

Wednesday, 13 March 2013

sedap suara mereka ini,,,layan.....


najwa latif

iamneeta

house of five

Saturday, 9 March 2013

aku



kadang-kadang kita tengok ramai orang post benda-benda baik kt fb..islamic macam tu. "eleh nak bagitau satu dunia kau tu baik sangat, suci sangat" selalu mesti orang cakap macam tu. padahal dia sedang dalam dilema. dia pun cuba nak menjadi lebih terbaik..bila selalu post benda-benda baik, dia harap supaya dirinya x leka dan lalai dengan hidup di dunia..sentiasa beri peringatan kepada diri supaya ingat akhirat sana..so jangan la stereotaip sangat dengan orang yang macam ni..,mereka bukan nak tunjuk baik sangat...cuma nak saling ingat mengingati..think POSITIVE c: