Saturday 25 February 2012

PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI MALAYSIA

PERANCANGAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI Malaysia


PENGENALAN

Kepesatan pembangunan dan peningkatan kadar urbanisasi di Malaysia telah memberi satu kesan tersembunyi dalam senario masyarakat hari ini iaitu penghasilan sampah sarap domestik. Keadaan ini memerlukan komitmen berterusan khususnya pihak berkuasa tempatan dalam menguruskan sistem pelupusan sisa pepejal yang efektif. Walau bagaimanapun, komitmen ini bukan sahaja terletak di bahu pihak kerajaan semata-mata, malahan perhatian dan kerjasama masyarakat bagi memastikan keberkesanannya.
Sampah sarap atau sisa pepejal didefinisikan sebagai suatu bahan atau sumber yang tidak lagi digunakan kerana tidak mempunyai nilai ekonomi sebelum ia melalui proses akhir. Jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005 atau secara puratanya 0.8 kilogram per kapita sehari. Sisa pepejal di Malaysia secara purata terdiri daripada 45.0 peratus sisa
makanan, 24.0 peratus plastik, 7.0 peratus kertas, 6.0 peratus besi, 3.0 peratus kaca dan bahan lain.

OBJEKTIF
Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti permasalahan pengurusan sisa pepejal di Malaysia dan penyelesaiannya.
  • Untuk mengenalpasti akta yang berkaitan dengan sisa pepejal dan pengurusannya.
·         Untuk mengupas masalah atau kekangan yang timbul dalam menguruskan sisa pepejal negara
·         Untuk mengkaji kaedah terbaik serta keberkesanan dalam menguruskan sisa pepejal negara yang sedia ada


PENYATAAN MASAALAH
Malaysia adalah sebuah negara yang makin berkembang pesat dari segi ekonomi, budaya dan jumlah penduduk. Selaras dengan rancangan Malaysia kelapan (RMK-8), penerapan pertimbangan alam sekitar dalam perancangan dan pembangunan dipertingkatkan . Usaha ini membolehkan pelaksanaan pengurusan alam sekitar lebih bersepadu dan menyeluruh.

Namun penjanaan  sisa pepejal juga semakin meningkat dari tahun ke tahun iaitu 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005 atau secara puratanya 0.8 kilogram per kapita sehari. Walaupun telah ditubuhkan dasar dan akta pelupusan sisa pepejal negara, satu pelan yang lengkap berkaitan pengurusan sisa pepejal yang khusus tidak dinyatakan.

KAEDAH KAJIAN
PENGUMPULAN DATA PRIMER
Pemerhatian dan kajian lapangan
Kerja lapangan merupakan kaedah utama yang sering digunakan oleh kebanyakan pengkaji yang menjalankan penyelidikan. Kerja lapangan membolehkan pengkaji dapat melihat secara langsung dan menyeluruh berkenaan kajian yang dijalankan di setiap lokasi yang telah dipilih.Melalui kerja lapangan dan pemerhatian, konsep pengurusan sisa pepejal yang terdapat di lokasi kajian dapat dilihat secara langsung. Selain itu, kaedah pengurusan dan kepentingan pengurusan sisa pepejal juga dapat diketahui. Kerja lapangan dan pemerhatian ini dijalankan di sekitar stesen pemindahan sisa pepejal di Kepong.
PENGUMPULAN DATA SEKUNDER
Data-data daripada beberapa buah jabatan yang terlibat adalah amat penting untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian mengenai “Masalah Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia” ini. Dua buah jabatan yang memainkan peranan penting dalam penyelidikan ini adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA). Maklumat yang diperolehi daripada kedua-dua jabatan ini amat penting kerana ia membekalkan maklumat-maklumat terkini berkaitan pengurusan sisa pepejal di negara ini.
Rujukan dari internet
Maklumat juga dirujuk daripada internet. Melaui internet, kami memperoleh serba sedikit latar belakang aspek yang dikaji iaitu terutamanya mengenai konsep dan pengurusan sisa pepejal. Maklumat daripada internet ini membolehkan kami mengkaji maklumat mengenai kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu berkaitan pengurusan sisa pepejal di dalam negara dan di luar negara.

KEPUTUSAN
1.      Kadar penjanaan sisa pepejal dari kawasan perumahan di kawasan bandar ialah…
2.      Masalah dari kekangan yang timbul dalam pengurusan sisa pepejal ialah kekurangan kelengkapan dan kemudahan menguruskan sisa pepejal, kos pengendalian yang tinggi,  kaedah alternatif seperti kitar semula tidak dipraktikkan  oleh rakyat serta  tidak ditekankan oleh pihak berkuasa dan tiada tempat khusus untuk menentukan tempat pelupusan sampah.
3.      Kaedah yang terbaik dan berkesan seperti memberi pendidikan, menyediakan kemudahan, penguatkuasaan serta pemantauan dari pihak berkuasa dan menyediakan pelan sisa pepejal tempatan perlu dilakukan bagi mengurangkan masalah yang semakin parah ini.


Kaedah terbaik serta keberkesanan dalam menguruskan sisa pepejal negara yang sedia ada
Sehingga tahun 1998, pengurusan sisa pepejal di Malaysia telah diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri masing-masing. Kepesatan pembangunan negara yang berterusan turut meningkatkan kuantiti sisa pepejal yang dijana setiap tahun, menyebabkan kos pengurusan sisa pepejal turut meningkat. Keadaan ini amat membebankan sebahagian besar PBT dengan meningkatnya kos kutipan dan pembinaan fasiliti untuk merawat dan melupus sisa pepejal. Pada bulan Oktober 1994, Kerajaan menyarankan kepada syarikat swasta untuk membuat tawaran bagi penswastaan pengurusan sisa pepejal bagi meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal. Pada 6 September 1995, Kabinet telah bersetuju untuk menswastakan pengurusan sisa pepejal di Semenanjung Malaysia. Pada Disember 1995, Kerajaan Persekutuan telah menawarkan kontrak secara interim kepada 4 buah syarikat. Penswastaan interim pengurusan sisa pepejal dibuat mengikut kawasan geografi iaitu Kawasan Tengah dan Timur, Kawasan Utara, Kawasan Selatan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Penswastaan secara interim telah dilaksanakan mulai pada 8 April 1998 sebelum penswastaan sepenuhnya dikuatkuasakan. Syarikat-syarikat konsesi yang terlibat bagi penswastaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam iaitu Alam Flora Sdn. Bhd. (WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Kelantan), SWM Environment Sdn. Bhd. (Johor, Melaka & Negeri Sembilan) dan Environment Idaman Sdn. Bhd. (Kedah & Perlis).

Penswastaan sistem pengurusan sisa pepejal merupakan langkah terbaik dalam menangani masalah perancangan berkaitan alam sekitar. Pendekatan ini membolehkan syarikat konsesi yang dilantik berani melabur secara besar-besaran bagi mendapatkan teknologi terkini, mesin dan kelengkapan moden serta tenaga kerja yang mahir, sekaligus menyediakan perkhidmatan yang efisien. Sebelum ini, syarikat konsesi terbabit teragak-agak untuk melabur berjuta-juta ringgit untuk mengembangkan perkhidmatannya kerana tidak ada sebarang jaminan kukuh dari kerajaan. Perubahan ini dibuat mengambil kira pelbagai aspek yang menyeluruh, meliputi kerangka dasar, institusi, perundangan dan juga kepentingan rakyat. Kerajaan juga turut mengambil kira kemampuan kewangan yang terhad bagi kebanyakan PBT, untuk menguruskan sisa pepejal secara lebih berkesan. Penswastaan penuh pengurusan sisa pepejal adalah komitmen kerajaan Malaysia secara sukarela untuk mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hujau, berdasarkan kepada "emissions intensity of GDP" sehingga 40 peratus menjelang 2020. Dalam Rancangan Malaysia ke-sembilan (RMK9), kerajaan telah membelanjakan RM958.7juta bagi menguruskan sisa pepejal, namun bagi 2010 sahaja, kerajaan terpaksa membelanjakan RM303 juta, iaitu hampir 1/3 dari jumlah keseluruhan bagi RMK9.

Kos pengurusan sisa pepejal terus membebankan kerajaan memandangkan kuantiti sisa pepejal yang dihasilkan rakyat negara ini terus meningkat, iaitu 19,000 tan sehari bagi 2005 meningkat kepada 27,000 tan sehari sekarang. Keadaan ini menjadi lebih serius memandangkan kebanyakan tapak pelupusan sisa pepejal di negara ini bukan tapak pelupusan sanitari. Daripada 166 tapak pelupusan yang sedang beroperasi sekarang, hanya lapan tapak sahaja yang merupakan tapak pelupusan sanitari. Dengan pengambilalihan tanggungjawab ini, kerajaan persekutuan bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam, malah dapat memberi ruang meningkatkan keupayaan bagi menerokai kaedah rawatan dan pelupusan berteknologi canggih, mesra alam dan menjimatkan kos. Di bawah penswastaan penuh kelak, pendekatan kutipan 2+1 iaitu kutipan sisa dapur sebanyak 2 kali dan kutipan sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula sekali seminggu akan diperkenalkan. Melalui pendekatan ini dijangka dapat mengurangkan kejadian pelupusan haram atau illegal dumping. Selain itu, aktiviti pengasingan pada titik punca dapat dijalankan dengan berkesan.

Selain itu, syarikat-syarikat konsesi yang dilantik selaras dengan penswastaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan dipantau secara berterusan menggunakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI). KPI ini terbahagi kepada KPI primer dan sekunder mengikut tahap kesalahan yang dilakukan. KPI ini akan menggariskan dengan jelas peraturan yang perlu dipatuhi semasa menjalankan aktiviti kutipan sisa termasuk tiada cecair kurasan dan sisa pepejal yang tumpah daripada lori dan tong sampah. Kesalahan ini termasuk dalam kesalahan berat dan dibawah jenis KPI primer yang akan menyebabkan syarikat konsesi didenda dan point deduction dikenakan. Manakala, kesalahan kecil seperti tidak menutup kembali tong sampah dikira sebagai kesalahan sekunder yang hanya menyebabkan syarikat konsesi dikenakan denda. Pihak konsesi yang tidak patuh kepada KPI ini akan didenda bergantung kepada jenis-jenis kesalahan yang boleh menjurus kepada penamatan konsesi jika kesalahan tersebut dibuat secara berterusan. Pemantauan pematuhan KPI ini akan dilaksanakan oleh pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dimana dengan seramai 600 orang pegawai dan pembantu penguatkuasa akan mengawal selia pematuhan KPI ini menggunakan Sistem Handheld yang telah dibangunkan dan setiap kesalahan akan direkodkan secara online setiap hari. Setiap kesalahan yang dilakukan akan direkod dengan butir-butir gambar, masa, tempat dan rekod kenderaan.
Pendekatan bersepadu juga merupakan langkah terbaik dalam perancangan pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Pendekatan bersepadu yang dimaksudkan adalah kita perlu mengambil kira kesemua elemen pengurusan sisa pepejal bermula dari tapak penjanaan sehinggalah ia  dilupuskan. Ciri-ciri dan komposisi sisa perlu difahami dengan teliti sebelum beralih kepada proses pemilihan teknologi pengurusan bagi mencapai objektif yang telah disasarkan. Di negara sekarang masih belum terdapat polisi negara yang spesifik berkaitan pengurusan sisa pepejal. Kejayaan kerajaan persekutuan dalam program penswastaan pengurusan sisa pepejal telah membuktikan bahawa sektor swasta juga boleh memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi negara, di mana ianya agak terbantut dibawah kuasa kerajaan. Dengan penglibatan penswastaan penuh dari sektor swasta, pelbagai aspek dari Dasar Sisa Pepejal Negara, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672 dan Akta 673) perlu dipinda. Tambahan pula, polisi baru untuk pengurusan sisa pepejal sangat penting sebagai sebahagian pendekatan perundangan dalam menyokong pendekatan yang lebih bersepadu untuk perancangan pengurusan sisa pepejal yang lebih efisien dan sistematik.

Objektif pelaksanaan pengurusan sisa pepejal mestilah jelas dan melipiti semua aspek. Ia perlulah mempunyai ciri-ciri keseragaman, kos efektif, mesra alam dan diterima ramai. Pengurusan sisa pepejal negara haruslah memfokuskan 5R iaitu pengurangan penghasilan sisa pepejal, guna semula, kitar semula, penghasilan tenaga dari sisa pepejal dan pengurusan residue. Kerajaan Malaysia harus melaksanakan sistem perundangan yang merangkumi penghasilan sisa pepejal sehinggalah kepada pelupusan sisa pepejal. Perundangan yang akan dilaksanakan perlulah dilaksanakan sebagai mandatori dan denda yang dikenakan perlulah telus dan berterusan. Pelaksanaan perundangan secara mandat merupakan pendekatan berkesan dalam memastikan pengurusan sisa pepejal dapat dilaksanakan dengan efektif. Sebagai contoh, apabila kerajaan melancarkan Kempen Kitar Semula pada 1993, dengan tidak disertai Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan orang awam, kempen ini telah gagal mencapai matlamatnya. Hal ini menunjukkan bahawa kempen yang dilancarkan tanpa penguatkuasaan undang-undang selalunya tidak akan membuahkan hasil. Pihak awam hanya akan melibatkan diri sekiranya kerajaan mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu  seperti plastik yang seterusnya akan menggalakkan aktiviti kitar semula. Sebagai contoh, larangan penggunaan plastik pada hari Sabtu mendapat sambutan ramai. Apabila pihak awam mula melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan kitar semula, ini merupakan indikator terbaik bagi strategi negara untuk mengurangkan penghasilan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah.

Undang-undang berkaitan pengurusan sisa pepejal yang spesifik masih belum digazetkan sepenuhnya di Malaysia. Objektif bagi akta yang lebih spesifik berkaitan sisa pepejal seharusnya merangkumi semua aktiviti dalam pengurusan sisa pepejal yang melibatkan penghasilan, penyimpanan, pembersihan, pengumpulan, pengasingan, pemulihan, rawatan, pemindahan, pengangkutan, dan pelupusan. Jadi, akta yang berkaitan merangkumi semua aspek ini perlulah diwujudkan. Sebaiknya, kerajaan mewujudkan Perancangan Sisa Pepejal Tempatan (WLP) dalam perancangan untuk menguruskan sisa pepejal di Malaysia. WLP adalah bertujuan untuk menguruskan sisa pepejal yang bersifat kaedah tradisonal seperti pelupusan sampah kepada kitar semula atau pemulihan  sisa pepejal. Jadi, menerusinya kita dapat mengenalpasti kaedah kemudahan pengurusan sisa pepejal yang baru di mana kitar semula dan pemulihan sisa pepejal seperti kaca, kertas dan tin aluminium dapat dilakukan. WLP juga dapat memberikan garis panduan yang lebih jelas terhadap industri sisa pepejal dan peranan pihak awam berkenaan polisi untuk mengendali sisa pepejal secara sistematik dan efektif. WLP memastikan agar kita mempunyai kemudahan pengurusan sisa pepejal seperti kemudahan kitar semula dan tapak pelupusan sampah bersesuaian dengan punca dan jenis penghasilan sisa pepejal yang dihasilkan. WLP merupakan satu pendekatan yang bercorak masa panjang dalam polisi pengurusan sisa pepejal negara. Pendeknya, WLP boleh diwujudkan sebagai garis panduan kepada operasi sisa pepejal sedia ada dan yang berpotensi pada masa hadapan dan pihak awam dalam perancangan sebarang aktiviti berkaitan pengurusan sisa pepejal. WLP perlulah menekankan perancangan pengurusan sisa pepejal yang mapan iaitu  dengan meningkatkan pemulihan sisa pepejal melalui kitar semula, pengkomposan dan penghasilan tenaga dari sisa pepejal dan juga memastikan terdapat tanah yang cukup dan sesuai untuk keperluan perancangan sisa pepejal pasa masa hadapan.
            3R juga merupakan pendekatan terbaik dalam perancangan sisa pepejal yang efektif. Konsep 3R ialah mengurangkan kuantiti penghasilan sisa pepejal, menggunakan semula barang dan kitar semula sisa pepejal menjadi satu bentuk produk baru. 3R berupaya mengurangkan penjanaan sampah pada punca. Berbanding pengurangan dan penggunaan semula sisa pepejal, kitar semula merupakan aktiviti yang lebih diberi penekanan disebabkan manfaat yang dapat diperoleh melaluinya. Dengan kitar semula, kita dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau dari penghasilan barang baru daripada bahan mentah.Walaubagaimanapun, kitar semula di Malaysia masih belum berada di tahap yang membanggakan. Hal ini dapat dilihat apabila kebanyakan Kempen Alam Sekitar yang diadakan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak awam.

Terdapat dua instrumen yang boleh digunakan untuk menggalakkan aktiviti kitar semula iaitu market-based instrument (MBI) dan non market-based instrument. MBI dalam pengurusan sisa pepejal adalah dalam bentuk cukai, cas perkhidmatan dan denda yang selalu dilaksanakan di kebanyakan negara kerana ia mudah dilaksanakan, mengukuhkan kewangan institusi pengurusan sisa pepejal dan dapat memindahkan kos dan tanggungjawab pencemaran kepada pihak yang melakukan pencemaran. MBI mensasarkan untuk mengurangkan kesan eksternal alam sekitar dengan penyesuaian kos dan pulangan dalam mempengaruhi keputusan dan kelakuan yang menjurus kepada keadaan yang lebih mesra alam. MBI bermanfaat kerana ia adalah cekap secara ekonominya, senang diubahsuai dan menggalakkan penggunaan dan pengagihan sumber yang lebih baik. MBI juga dapat dilakukan dengan efektif walaupun struktur pengurusan sisa pepejal tidak cekap. Namun begitu, terdapat sesetengah pendapat yang tidak menyokong MBI dengan alasan ia menggalakkan orang ramai untuk melakukan pencemaran kerana pencemar membayar untuk pemcemaran yang dilakukan. Sebagai contoh, selari dengan polluter pay principle (PPP), PBT perlulah meningkatkan cas perkhidmatan bagi kutipan sisa pepejal untuk menggalakkan orang ramai mengurangkan, mengitar semula dan mengkompos sisa pepejal mereka. Cas bagi pelupusan sisa pepejal juga bolehlah diperkenalkan dan justeru, dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal pada punca. Kedua-dua langkah ini akan dapat menguatkan lagi kewangan majlis perbandaran dan seterusnya pengurusan sisa pepejal yang lebih mapan dan efektif.

Pemberian subsidi bagi industri kitar semula juga merupakan salah satu alat perangsang bagi pendekatan MBI. Tanah boleh ditawarkan pada harga yang rendah untuk menggalakkan pelabur melabur dalam teknologi dan industri berkaitan aktiviti kitar semula. Selari dengan pemberian subsidi, kerajaan persekutuan dan negeri perlu mewujudkan satu pasaran bagi produk kitar semula untuk memastikan kelangsungan industri kitar semula. Pengecualian cukai dan pemberian subsidi bagi industri kitar semula dapat menarik sektor awam dan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk melabur dalam pengurusan kitar semula. Pengecualian cukai untuk pembangunan teknologi baru dan kilang berkaitan industri kitar semula dapat menggalakkan pelaburan. Duti yang tinggi untuk produk import dapat mengglakkan pasaran bagi produk kitar semula. Sebagai contoh, penggunaan baja kompos sebagai alternatif kepada penggunaan baja kimia yang lebih mahal dan tidak mesra alam. Kerajaan boleh menggalakkan pasaran untuk baja kompos dengan mengenakan duti yang lebih tinggi bagi baja kimia import atau tempatan. Kejayaan Vientiane, Thailand mengurangkan pelupusan sisa pepejal sebanyak 49% telah membuktikan bahawa pengkomposan merupakan salah satu kaedah terbaik dalam pengurusan sisa pepejal. Pendekatan bukan MBI pula ialah seperti sistem perundangan. Pendekatan bukan MBI memerlukan kepakaran dalam membentuk standard dan polisi dalam perancangan sisa pepejal. Pemantauan juga perlulah dilakukan terhadap setiap program kitar semula yang dijalankan. Lawatan ke tempat kitar semula perlulah dirutinkan agar kelemahan dan pembaikan terhadap aktiviti kitar semula dapat dikenalpasti dengan segera.


Masalah yang timbul dalam pengurusan sisa pepejal

1.      Kekurangan kelengkapan dan kemudahan pengurusan sisa
2.      Kos pengendalian yang tinggi
Pengurusan sisa pepejal telah diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan. Namun akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang diluluskan 2007 belum lagi dikuatkuasakan. Ini menunjukkan PBT tidak mampu mengendalikan pengurusan sisa pepejal ini hingga menyebabkan pihak kerajaan pusat menubuhkan satu badan pengurusan di peringkat persekutuan bagi menyeragamkan kan dasar penswastaan yang telah lama di luluskan. Pihak kerajaan persekutuan melihat bahawa pihak kerajaan negeri tidak mampu menguruskan sisa pepejal kerana kekurangan modal, kekurangan pekerja. Ini adalah kerana kos bagi mengenda
3.      Kaedah alternatif seperti kitar semula tidak dipraktikkan  oleh rakyat serta  tidak ditekankan oleh pihak berkuasa
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melancarkan program kitar semula pada tahun 1993, tetapi program ini tidak berjaya mencapai matlamatnya.
Pada 2 Disember 2000, sekali lagi KPKT telah melancarkan program yang sama. Walaupun Program Kitar Semula ini bermatlamat untuk mencapai peningkatan satu peratus dalam program kitar semula tahunan. Akan tetapi, sehingga kini aktiviti ini bukanlah suatu tabiat yang diamalkan oleh warga Malaysia dalam menguruskan sampah sarap harian . Menurut kajian yang dilakukan oleh Seow Ta Wee, Jamaluddin Md Jahi2& Indera Syahrul Mat Radzuan, Tingkah Laku Masyarakat Terhadap Program Kitar Semula: Kajian Kes Di Daerah Batu Pahat .(2009) sebanyak 16% respondent mengetahui akan program kitar semula, 47%  tidak mengetahui dan 37% respondent tidak pasti terhadap program tersebut. Statistik ini menunjukkan kebanyakan masyarakat kita tidak mahu mempraktikkan aktiviti kitar semula, walaupun pihak kerajaan telah melancarkan kempen. Ini jelas menunjukkan tahap kesedaran masyarakat Malaysia mengenai kepentingan terhadap alam sekitar masih rendah. Oleh itu pihak berkuasa perlu lah memainkan peranan yang lebih tegas lagi dan  bukan lah seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.


4.      Tiada tempat khusus untuk menentukan tempat pelupusan sampah.
5.      Ini pasti membawa kepada masalah pertambahan sampah manakala jangka hayat tempat pelupusan sampah semakin kurang.
6.      Difahamkan, 113 daripada 289 tapak pelupusan sampah di negara ini tidak lagi beroperasi dan menunggu masa untuk ditutup.
7.      Malah, ada tempat pembuangan sampah yang sudah sepatutnya ditutup, tetapi masih menerima sampah kerana masalah untuk mencari tempat baru.
8.      Kesedaran mengenai sampah sangat kurang. Pertama, ramai tidak bijak mengendalikan sampah, kedua ramai tidak tahu mengurangkan sampah dan ketiga ramai tidak tahu sampah boleh dikitar semula.
Secara purata, setiap rakyat Malaysia menghasilkan 0.8kg. sampah setiap hari. Jumlah ini bertambah besar jika mengambil kira individu yang tinggal di bandar. Penghuni kawasan bandar dianggarkan menghasilkan 1.5kg. sampah setiap hari. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2001, 16,247 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari. Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan penghasilan sampah sebanyak 2,955 tan sehari. Ini diikuti dengan Kuala Lumpur (2,634 tan/hari), Johor (2,002 tan/hari), Perak (1,596 tan/hari) dan Kedah (1,383 tan/hari).
Melihatkan data di atas, penghasilan sampah atau sisa pepejal bergantung kepada keluasan sesebuah kawasan, jumlah penduduk dan aktiviti yang dijalankan. Jenis sampah yang terhasil juga berbeza mengikut kawasan. Bagi kawasan bandar, sampah pepejal yang terhasil adalah lebih kompleks berbanding di luar bandar. Sampah yang terhasil adalah dalam bentuk kertas, bahan-bahan kaca, kayu-kayu sisa binaan, bahan-bahan plastik, sisa-sisa makanan, bahan-bahan aluminium dan sebagainya.
Di Malaysia, sampah yang dihasilkan dihantar ke tapak pelupusan ataupun ke pusat pembakaran (incinerator). Dua sistem ini amat popular di Malaysia. Terdapat 161 tapak pelupusan sisa pepejal di Malaysia (jumlah ini tidak termasuk sepuluh pihak berkuasa tempatan di Sabah dan Sarawak ). Negeri Sarawak mempunyai jumlah tapak pelupusan sampah yang tertinggi iaitu sebanyak 28 tapak. Ini diikuti dengan Johor (26), Perak (18), Pahang (14) dan Kelantan (12). Di antara 161 tapak ini, 77 daripadanya terdiri dari tapak pembuangan sampah terbuka (open dumping). 49 tapak terdiri dari pelupusan terkawal (controlled tipping), 19 tapak mempunyai 'bund' dan sisa pepejalnya dikambus setiap hari, sepuluh tapak mempunyai kemudahan paip pengumpulan 'leachate' dan paip pengudaraan serta selebihnya mempunyai sistem rawatan 'leachate'.
Walaupun Malaysia mempunyai jumlah tapak pelupusan sisa pepejal yang banyak namun jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang dihasilkan. Dianggarkan, sebahagian besar tapak ini akan penuh atau tidak boleh digunakan dalam masa dua tahun lagi. Bukan itu sahaja, kaedah pelupusan sampah jenis ini berisiko tinggi terhadap alam sekitar dan manusia di sekitar kawasan tapak pelupusan itu. Sebagai contoh, tapak pelupusan terbuka boleh memberi kesan kepada sistem tanah dan air di kawasan tersebut. Selain bau busuk, penyakit mata dan kulit juga boleh mengganggu hidup manusia di persekitaran kawasan tapak.
Akibat masalah ruang yang semakin terhad, Malaysia kini beralih kepada teknik pembakaran untuk mengatasi masalah pelupusan sampah. Terdapat 7 pusat pembakaran mini di Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan Pulau Labuan. Pusat pembakaran mini ini mempunyai kapasiti pengurusan sisa pepejal sebanyak 3-10 tan/hari/unit. Di samping itu, sebuah pusat pembakaran berteknologi tinggi (Thermal Treatment Plant) akan dibina di Kampung Brogo, Semenyih, Selangor. Pusat pembakaran ini mampu menguruskan 1,500 tan sisa pepejal dalam sehari. Sementara itu, di Pulau Labuan juga terdapat sebuah pusat pembakaran yang menggunakan kaedah 'Thermal Oxidation'. Pusat pembakaran ini mampu mengendalikan 40 tan sisa pepejal sehari.
Pembinaan pusat pembakaran dikatakan mampu mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal di Malaysia .Ini kerana sistem itu berkeupayaan membakar sampah dengan lebih cepat berbanding pelupusan sampah terbuka. Sistem pembakaran boleh membakar 99 peratus sisa pepejal menggunakan suhu yang tinggi sekitar 500-600 darjah celsius. Melalui kaedah ini separuh dari sisa pepejal yang dihasilkan boleh dibakar setiap hari. Abu hasil dari pembakaran itu pula dikatakan 99 peratus selamat untuk ditanam di mana-mana tapak pelupusan sampah yang sedia ada. Selain dari itu, kaedah pembakaran juga dikatakan mampu membakar kuman-kuman yang terdapat dalam sisa bagi mengelakkan masalah penyebaran penyakit. Dalam masa yang sama, sistem ini telah dibina dengan mengambil kira semua aspek bagi mengatasi masalah jerebu, masalah bau busuk dan pelepasan gas dioksin.
Walaupun kaedah pembakaran menjadi pilihan untuk mengatasi masalah pelupusan sampah yang meningkat, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira. Pembinaan pusat pembakaran sebenarnya memerlukan sumber kewangan yang sangat tinggi. Misalnya, pembinaan pusat pembakaran mini di Langkawi sahaja melibatkan kos sebanyak RM5.7 juta. Manakala pembinaan pusat pembakaran di ibu kota pula menelan belanja antara RM500 juta hingga RM1 billion. Dengan kos yang setinggi ini, seluruh rakyat perlu menanggung kos itu secara bersama. Ini tentu sahaja akan menimbulkan rungutan pihak tertentu.
Di samping itu, masalah alam sekitar dan kesihatan manusia yang berpunca dari aktiviti pembakaran juga harus diambil kira. Misalnya masalah jerebu dan masalah gas dioksin akibat pembakaran sisa yang tidak sempurna. Di Jepun, pelepasan gas dioksin merupakan satu masalah yang besar. Ia dikaitkan dengan penyakit kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, masalah kulit dan memberi kesan negatif kepada sistem reproduktif manusia. Selain mencemarkan udara, dioksin juga mampu menyerap ke dalam tanah dan air lalu mencemarkan air dan seterusnya mencemarkan tumbuhan, hasil tenusu dan ikan. Kedua-dua masalah ini perlu diambil kira agar tidak mewujudkan masalah lain yang akan menyukarkan kehidupan manusia dan merosakkan alam sekitar.
Pengurusan sisa pepejal di Malaysia telah berubah mengikut masa. Teknologi yang digunakan di dalam pengurusan ini juga semakin canggih. Penggunaan teknologi dan system pengurusan yang canggih adalah semata-mata untuk mencapai kualiti alam sekitar yang baik bagi negara . Malaysia. Kerajaan bertanggungjawab untuk mencapai matlamat ini. Walaubagaimana pun, rakyat juga mempunyai tanggungjawab yang sama. Haruslah diingat bahawa manusia adalah khalifah di bumi ini. Oleh itu, tanggungjawab menjaga alam ini adalah tanggungjawab kita bersama. Bermula di rumah, sisa yang dihasilkan perlu diuruskan dengan baik agar pengurusan pada peringkat yang lebih tinggi menjadi mudah dan berkesan.


KESIMPULAN
Kadar pertumbuhan populasi manusia yang semakin meningkat, di samping kepesatan arus pembangunan secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya peningkatan komposisi sisa pepejal dalam persekitaran kita. Kajian yang lebih mendalam mengenai amalan pengurusan sisa pepejal meliputi konsep, peranan badan pengurusan dan kepentingan pengurusan sisa pepejal perlulah diambil kira bagi memastikan keberkesanan pengurusan sisa pepejal yang dijalankan oleh setiap agen pengurusan yang terlibat. Pengurusan sisa pepejal yang mapan dapat diwujudkan sekiranya masalah berkaitan perancangan sisa pepejal dapat dikenalpasti dari peringkat awal, iaitu bermula dari fasa penjanaan sisa pepejal sehinggalah kepada fasa pelupusan sisa pepejal. Perundangan yang spesifik berkaitan perancangan alam sekitar seperti WLP adalah sangat penting agar dapat diwujudkan satu garis panduan berkaitan pengurusan sisa pepejal yang lebih terpeinci dan melibatkan semua pihak.  Pemindahan teknologi dari negara luar juga boleh  diaplikasikan untuk meningkatkan kecekapan perancangan sisa pepejal negara. Kesesuaian teknologi menentukan kejayaan program pengurusan sisa pepejal dan ia  perlu dipertimbangkan pada peringkat awal perancangan. Kesesuaian teknologi tidak hanya merujuk kepada operasi dan kos mesin yang diimport dari negara maju, tetapi juga merujuk kepada kesesuaian gabungan teknologi. Teknologi yang  diterima pakai dari negara maju tidak semestinya efektif untuk negara kita tetapi perlu diubah suai mengikut keadaan tempatan. Penglibatan stakeholder telah menjadi sebahagian komponen penting dalam perancangan sisa pepejal negara. Stakeholder utama termasuklah pihak awam, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pelabur, pengilang dan organisasi yang terlibat dalam hierarki pengurusan sisa pepejal. Setiap stakeholder ini perlulah mempunyai peranan yang jelas dan spesifik dalam meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal dengan penglibatan aktif dan berterusan dari semua pihak.

Wednesday 22 February 2012

bagus minum AIR KOSONG =)

1. Sebaik shj anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.
6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan d samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.
Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:
1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.
Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali. Adalah lebih baik jika kita teruskn kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara & tradisi orang2 Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum …
Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.
Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.


aku pon x penah try lagiiii...mayb satu ari nnt..tp abis x mampu pon, bnyak2 la mnum air putih..yg penting bangun tido trus mnum air putih =)

Sunday 19 February 2012

meaning of ur name??

Instructions:What you do is find out what each 
letter of your name means. 

Then connect all the meanings and it describes 
YOU. (Its TRUE !!) (Isn't it GREAT !!) 



PS : If you have double or triple letters, just count 
the meaning once. 



For Example : ANIP 

A You can be very quiet when you have 
something on your mind. 

N You like to work, but you always want a break 

I You are always smiling and making others 
smile. 

P You are very friendly and understanding. 

ADDITIONAL: F Everyone loves you...hehe 



A You can be very quiet when you have something
on your mind. 


B You are always cautious when it comes to 
meeting new people. 

C You definitely have a partier side in you, don't be 
shy to show it. 

D You have trouble trusting people. 
E You are a very exciting person. 

F Everyone loves you. 

G You have excellent ways of viewing people. 

H You are not judgmental. 

I You are always smiling and making others smile. 

J Jealously 

K You like to try new things. 

L Love is something you deeply believe in. 

M Success comes easily to you. 

N You like to work, but you always want a break. 

O You are very open-minded. 

P You are very friendly and understanding. 

Q You are a hypocrite. 

R You are a social butterfly. 

S You are very broad-minded. 

T You have an attitude, a big one. 

U You feel like you have to equal up to people's 
standards. 

V You have a very good physique and looks. 

W You like your privacy. 

X You never let people tell you what to do. 

Y You cause a lot of trouble. 

Z You're always fighting with someone 



Let's try it...just for jokes

the coloured one is 4 me ok =)

Saturday 18 February 2012

all about ur birth day

JANUARY=PIMP
Loves to chat. Loves those who love them. Loves to takes things at the centre. Inner and physical beauty. Lies but doesn't pretend. Gets angry often. Treats friends importantly. Brave and fearless. Always making friends. Easily hurt but recovers easily. Daydreamer. Opinionated. Does not care to control emotions. Unpredictable. Extremely smart, but definitely the hottest AND sexiest of them MFE.

FEBRUARY=THUG
Abstract thoughts. Loves reality and abstract. Intelligent and clever. Changing personality. Attractive. sexiest out of everyone. A real speed demon. Has more than one best friend. Temperamental. Quiet, shy and humble. Honest and loyal. Determined to reach goals. Loves freedom. Rebellious when restricted. Loves aggressiveness. Too sensitive and easily hurt. Gets angry really easily but does not show it. Dislikes unnecessary things. Loves making friends but rarely shows it. Daring and stubborn. Ambitious. Realizing dreams and hopes. Sharp. Loves entertainment and leisure. Romantic on the inside not outside. Superstitious and ludicrous. Spendthrift. Tries to learn to show emotions. 


MARCH=GORGEOUS
Drop dead gorgeous!!! Attractive personality. Very! sexy. Affectionate & Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Chatterbox! Loves to talk a lot! Loves to get their way! . Unbelievable kisser! Easily angered. Very stubborn in the most way possible! Loves to get noticed! Willing to take risks for others. Makes good choices. Has a great fashion sense! Maybe a little too popular with others * wink wink *. Outgoing and crazy at times! Intelligent. Can sometimes be a heartbreaker! Can love as much as
possible! Hates insults. Loves compliments! A very big flirt! Trustworthy. Appreciative and returns kindness. The best in bed out of NE of these months!! Hardly shows emotions. Tends to bottle up feelings. Observant and assesses others, likes to keep they’re crushes kind a secret, pretty much flawless.


APRIL=SEXY
Suave and compromising. Funny and humorous. Stubborn. Very talkative. Calm and cool. Kind and sympathetic. Concerned and detailed. Loyal. Does work well with others. Very confident. Sensitive. Positive Attitude. Thinking generous. Good memory. Clever and knowledgeable. Loves to look for information. Able to cheer everyone up and/or make them laugh. Able to motivate oneself and others. Understanding. Fun to be around. Outgoing. Hyper. Bubbly personality. Secretive. Boy/girl crazy. Loves sports, music, leisure and travelling. Systematic. Hot but has brains.


MAY=LOVER
Hella sexy, loves sex n making luv, tends to be SOOOOO hot!! Active and dynamic. Decisive and haste but tends to regret. Attractive and affectionate to oneself. Strong mentality. Loves attention. Diplomatic. Consoling, friendly and solves people

9;s problems. Brave and fearless. Adventurous. Loving and caring. Suave and generous. Usually you have many friends. Enjoys to make love. Emotional. Stubborn. Hasty. Good memory. Moving, motivates oneself and others. Loves to travel and explore. Sometimes sexy in a way that only their lover can understand.


JUNE = LUST
Fun to be with. Loves to try new things. Boy/girls LOVE you. You are very hot. Secretive. Difficult to fathom and to be understood. Quiet unless excited or tensed. Takes pride in oneself. Has reputation. Easily consoled. Honest. Concerned about people's feelings. Tactful. Friendly. Approachable. Emotional temperamental and unpredictable. Moody and easily hurt. Witty and sparkly. snazzy at times. Not revengeful. Forgiving but never forgets. dislikes nonsensical and unnecessary things. Guides others physically and mentally. Sensitive and forms impressions carefully. Caring and loving. Treats others equally. Strong sense of sympathy. Wary and sharp. Judges people through observations. Hardworking. No difficulties in studying. Loves to be alone. Always broods about the past and the old friends. Waits for friends. Never looks for friends. Not aggressive unless provoked. Loves to be loved. Easily hurt but takes long to recover.




JULY=GANGSTA
You've got the best personality and are an absolute pleasure to be around. You love to make new friends and be outgoing. You are a great flirt and more than likely have a very attractive partner, a wicked hottie. Like somebody with a JUNE birthday. It is also more likely than that you have a massive record collection. When it comes to films, you know how to pick them and may one day become a famous actor/actress yourself - heck, you've got the looks for it!!!


AUGUST=ATTITUDE
outgoing personality. takes risks. feeds on attention. self control. kind hearted. Self confident. loud and boisterous. VERY revengeful. easy to get along with and talk to. has an "every thing's peachy" attitude. likes talking and singing. loves music. daydreamer. easily distracted. Hates not being trusted. BIG imagination. loves to be loved. hates studying. in need of "that someone". longs for freedom. rebellious when withheld or restricted. lives by "no pain no gain" caring. always a suspect. playful. mysterious. "charming" or "beautiful" to everyone. stubborn. curious. independent. strong willed. a fighter.


SEPTEMBER=FINEASS PIMP
Loves to chat. Loves those who love them. Loves to takes things at the centre. Great in bed. Inner and physical beauty. Doesn't pretend. Gets angry often. A meaningful love life partner. Makes right choices. Treats friends importantly. Brave and fearless. Always making friends. Does not harm others. It is all about love and fairness. Easily hurt and hard to recover. Daydreamer and does fulfill. Opinionated. Does not care to control emotions. Knows what to do, to have fun. Unpredictable. Someone to have close to you. Extremely smart, but definitely the hottest AND sexiest of them all.


OCTOBER=HOTTIE
Trustworthy and loyal. Very passionate and dangerous. Wild at times. Knows how to have fun. Sexy and mysterious. Everyone is drawn towards your inner and outer beauty and independent personality. Playful, but secretive. Very emotional and temperamental sometimes. Meets new people easily and very social in a group. Fearless and independent. Can hold their own. Stands out in a crowd. Essentially very smart. Usually, you ever begin a relationship with someone from this month, hold on to them because their one of a kind.


NOVEMBER=SWEETIE
Stubborn and hard-hearted. Strong-willed and highly motivated. Sharp thoughts. Easily angered. Attracts others and loves attention. Deep feelings. Beautiful physically and mentally. Firm Standpoint. Needs no motivation. Shy towards opposite sex. Easily consoled. Systematic (left brain). Loves to dream. Strong clairvoyance. Understanding. Sickness usually in the ear and neck. Good imagination. Good physical. Weak breathing. Loves literature and the arts. Loves travelling. Dislike being at home. Restless. having many children. Hardworking. High spirited.


DECEMBER=BEAUTY
This straight-up means you’re the most good-looking Loyal and generous. Patriotic. Competitive in everything. Active in games and interactions. Impatient and hasty. Ambitious. Influential in organizations. Fun to be with. Easy to talk to, though hard to understand. Thinks far with vision, yet complicated to know. Easily influenced by kindness. Polite and soft-spoken. Having lots of ideas. Sensitive. Active mind. Hesitating, tends to delay. Choosy and always wants the Stubborn and hard-hearted. Strong-willed and highly motivated. Sharp thoughts. Easily angered. Attracts others and loves attention. Deep feelings. Beautiful physically and mentally. Firm Standpoint. Needs no motivation. Shy towards opposite sex. Easily consoled. Systematic (left brain). Loves to dream. Strong clairvoyance. Understanding. Sickness usually in the ear and neck. Good imagination. Good physical. Weak breathing. Loves literature and the arts. Loves travelling. Dislike being at home. Restless. having many children. Hardworking. High spirited 



http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2009/04/what-month-were-you-born-in.html

JOY CENTRE IN THE BRAIN By SUSAN JIMISON / Weekly World News


You can be happy, healthy and satisfied every day of your life with a
 simple mental exercise, says a top expert - and the easy-to-learn
 technique is effective, available to everyone and totally cost-free!

Using the six simple steps described by brain researcher Pete Sanders
 you can trigger the joy center in your brain and magically:

     Relieve stress
     Banish pain
     Cure depression
     Restore sexual potency
     Boost energy
     Improve sleep
     Eliminate worries
     Soothe anger, anxiety or fear
     Combat pain from headaches and other common ailments
     Reduce high blood pressure
     Combat dependency on alcohol, tobacco and other drugs
     Control weight

"Just a few minutes of mental relaxation and visualization can leave you
 feeling upbeat, peaceful and full of energy," says Sanders, a
 Massachusetts Institute of Technology graduate who runs his own
 company in Sedona, Ariz.

"It's a simple biofeedback technique that can help you quit smoking,
 lose weight or sleep like a baby.

"This incredible technique can do everything that expensive drugs can do
 - and it doesn't cost a cent. I'm outraged more hasn't been done
 with it.

"Scientists and doctors have known for years that stimulating a specific
 area of the brain - the septum pellucidum - can have amazingly
 beneficial effects. It creates a mellow, energized feeling that is
 best described as an inner smile.

"Activating it also clears the repetitive cycles of worry, hurt, anger,
 and fear that can be created in other parts of the brain."

To call forth the astounding benefits of the joy spot, Sanders
 recommends the following steps:

1. First, learn to locate your joy center. Close your eyes, sweep your
 fingers up and tap the forehead an inch or two below the hairline.
 Now imagine a little sparkle of light traveling two-thirds of the
 way into your brain from that spot. This area is the brain's joy
 center.

2. Now, relax. Breathe slowly and deeply, as you do just before falling
 asleep. This will help your body eliminate stresses that interfere
 with biofeedback.

3. Use visualization to travel to your joy center. Picture a cool breeze
 or a stream flowing from that spot on your forehead into the septum
 pellucidum.

Don't concentrate too hard, just let your imagination move gently to the
 right place inside your head.

4. Search for the strongest effect. You're looking for that spot in your
 brain that, when touched by your imagination, delivers an "Ahhhh"
 feeling, a sense of an inner smile. When you hit the joy center,
 you'll get a sense of relief and well-being. In your thoughts, vary
 the level of your imaginary probe. Fine-tune it until you locate the
 right area.

5. "Stroke" your joy center. Send pulses of energy into your brain.
 After a few pulses, you should feel relief from pain, anxiety and
 frustration. You'll feel peace and contentment.

6. Practice, practice, practice. This is a biofeedback process, and you
 won't be able to do it perfectly right at the beginning. Use the
 technique a few times every day and within weeks you'll experience
 the joy, good health and love life you've always dreamed of.

If you want more information on accessing the brain's joy center, write
 to Pete Sanders, c/o Free Soul, P.O. Box 1762, Sedona, Ariz. 86339.