Saturday 31 March 2012

jam BIOLOGI TUBUH





Jam 9-11 malam: Pada waktu ini,sistem antibodi tubuh ( lymph nodes ) akan melalui proses detoksifikasi atau nyah kimia toksik dari badan. Jadi,pada waktu ini,kita sepatutnya berada dalam keadaan relaks atau santai dengan cara berehat,menonton atau mendengar muzik yang menenangkan. Bagi orang Islam,masa ini patut diisi dengan ibadah ringan seperti membaca Al-Quran atau berzikir.
Namun,seperti yang diketahui,pada masa inilah kebanyakan surirumah masih lagi bekerja menyiapkan segala urusan rumah tangga seperti mengutip & membasuh pakaian kotor,mengemas dapur,mencuci pinggan mangkuk atau membantu anak-anak menyiapkan kerja rumah.
Seboleh-bolehnya elakkan tabiat begini, atau cubalah alternatif lain yang lebih sesuai agar pada waktu ini anda berpeluang berehat .Bekerja berterusan pada waktu begini hanya memberi impak buruk terhadap kesihatan.
Jam 11 malam – 1 pagi : Pada waktu ini pula proses detoksifikasi dalam hati berjalan. Untuk membantu kelancarannya,pada waktu ini kita tidak lagi sepatutnya makan atau berjaga. Sewajarnya ini adalah waktu untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.
Jam 1 – 3 pagi : Proses nyah toksik berlaku dalam hempedu pada waktu ini. Tiada perkara lain yang patut dilakukan pada waktu ini,melainkan tidur.
Jam 3 – 5 pagi : Proses detoksifikasi dalam paru-paru. Penghidap batuk,biasanya pada jam ini akan lebih kerap batuk oleh kerana proses detoks telah sampai ke saluran sistem pernafasan. Disarankan agar jangan mengambil sebarang ubat batuk pada ketika hal ini berlaku untuk mengelakkan gangguan proses nyah toksin.
Jam 5 – 7 pagi : Detoksifikasi dalam kolon ( usus besar ) sedang berlaku. Pengosongan usus ( proses membuang air besar ) pada waktu ini adalah amat menyihatkan.
Jam 7 – 9 pagi : Sangat besar faedahnya jika sarapan dapat diambil dalam tempoh ini. Ini kerana inilah masa terbaik bagi usus menyerap nutrien yang penting untuk tubuh. Namun bagi anda yang mungkin sedang sakit, ambilah sarapan lebih awal sedikit iaitu sebelum jam 6:30 pagi. Dan jika anda mahu kekal sihat,sarapan sebelum jarum jam mencecah 7:30 pagi amatlah digalakkan.
Sumber : Majalah ANIS

tips PENJAGAAN KULIT





1) Dapatkan Tempoh Tidur Yang Cukup Serta Berkualiti
Tidur yang cukup setiap hari akan mempertingkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu proses penjanaan kulit.


2) Jadikan Sukan Atau Senaman Sebagai Rutin
Kedua-dua aktiviti ini akan membantu mempertingkat serta melancarkan peredaran darah dan proses metabolisme tubuh. Tubuh yang sihat akan memberi kesan atau cerminan pada wajah.


3) Minum Banyak Air Kosong 
Fakta minum 8 gelas air sehari ini sudah diketahui umum sebagai perkara wajib yang anda harus lakukan jika ingin kelihatan cantik. Ini kerana air mempunyai seribu satu kuasa dalam menjaga kesihatan dan kecantikan diri.


4) Makan Makanan Seimbang
Sama pentingnya dengan pengambilan air kosong. Kata pepatah Inggeris ‘you are what you eat’.Kulit yang anjal,awet muda dan cantik,pastilah bergantung kepada jenis makanan yang anda makan.
5) Elakkan Tekanan
Atasi masalah atau tekanan dengan cara yang betul pada kadar segera.Bersikap positif dan hadapinya dengan tenang.Lazimnya mereka yang mempunyai banyak masalah,jelas terlihat pada kulit wajah yang kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Inginkah anda kelihatan begini?
6) Jauhi Rokok
Merokok boleh menyebabkan anda kelihatan lebih tua berbanding usia. Kandungan nikotin serta bahan beracun lain dalam rokok secara tidak disedari memberi kesan kepada kulit anda seperti lebih kusam dan berkedut.
7) Bersihkan Wajah Secara Berkala
Langkah ini perlu anda lakukan jika anda tidak mahu pori-pori kulit tersumbat dek debu,bakteria,sisa-sisa solekan dan sebagainya lagi.
8) Urutan Lembut Pada Wajah
Sesekali,lakukan urutan wajah mengikut arah yang betul namun secara lembut untuk menggalakkan peredaran darah pada permukaan kulit.
9) Hanya Pilih Produk Kecantikan Yang Bersesuaian
Produk kecantikan adakalanya berkesan pada individu tertentu tetapi tidak kepada anda.Jadi pilihlah produk kecantikan dan penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit anda.
10) Lakukan Exfoliating Berkala
Jika anda berusia 30 tahun ke atas,lakukan rutin ini secara teratur.Wajar anda ketahui bahawa proses penggantian sel kulit berlaku setiap 40 hari sekali. Jika tidak,jeragat dan kulit kusam akan mulai kelihatan.

perkara MEROSAKKAN OTAK





1) Tidak mengambil sarapan pagi
seperti yang kita sedia maklum, otak merupakan salah satu bahagian badan yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sehingga 25% daripada jumlah keseluruhan tenaga. Kesilapan yang sering dilakukan oleh masyarakat kita pada masa ini ialah alas untuk mengambil sarapan pagi yang mana akan mengurangkan kandungan gula dalam darah dan sekaligus akan mengurangkan bekalan nutrisi kepada otak dan menyebabkan banyak sel-sel otak yang akan mati dan membuatkan otak tidak berfungsi dengan baik pada hari tersebut.


2)Terlebih makan
Apabila terlebih makan juga akan membuatkan otak kita menjadi lemah. hal ini adalah kerana lebih banyak darah dialirkan ke perut dan usus untuk tujuan pencernaan. Oleh itu, otak tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi dan menyebabkan kita hilang tumpuan, mengantuk serta hilang tumpuan.


3) Merokok
Asap rokok sangat merbahaya kerana ia mampu membunuh sel sel otak


4)Mengambil gula berlebihan
Gula yang diambil secara berlebihan mampu menganggu penyerapan nutrisi oleh otak. Selain itu, pengambilan gula secara berlebihan ini juga menyebkan otak menjadi tidak sihat


5) Menghidu udara yang tercemar
Otak merupakan anggota badan yang mengambil oksigen pada kadar yang paling tinggi dalam badan. Apabila menyedut udara yang tercemar, ia sekaligus akan mencemarkan otak dan merosakan sistem yang dikawal otak kita.

6)Tidur berlebihan
Tidur merupakan satu keperluan untuk setiap manusia. Namun, tahukah korang tidur yang berlebihan juga menyebabkan otal kita menjadi semakin lemah dan kemampuan berfikir juga akan berkurang.


7)Tidur dengan menutup muka
Apabila kita tidur meniarap atau tidur dengan menutup muka dengan bantal atau tangan akan menyebabkan otak kita kekurangan oksigen kerana karbon dioksida akan terperangkan dan kita akan menyedut semula gas karbon dioksida yang dilepaskan tersebut. Hal ini akan menyebabkan otak kita kekurangan oksigen dan menjadi semakin lemah


8)Kurang berimaginasi
Berfikir adalah salah satu untuk mengasah kemampuan otak kita. Kurang berimaginasi akan menyebabkan tahap kecerdasan otak kita menurun.


9)Jarang berfikir
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lemah dan tidak aktif.Maka dengan amalan berfikir ini mampu untuk melatih otak kita dan meningkatkan kecerdasan otak.


10) Tidak membaca Al-Quran
Al-Quran adalah kalimah Allah S.W.T . Membacanya akan memberikan banyak manfaat kepada otak kita.Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal



http://setangile.blogspot.com/search?updated-min=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=50

kenapa x bagus MINUM BERDIRI????





Hadith 

Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum.
Terdapat hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat oleh muslim iaitu: Terjemahan: dari anas ra, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri. Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771.

Kajian Dari Sudut Sains

Di antara sebab larangan minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Dimana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan.
Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.
Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.
Central nervous system (2) adalah gabungan otak (1) dan saraf tunjang (3). Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk. Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.
Namun demikian diharuskan minum berdiri ditempat yang tidak sesuai untuk duduk seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri, ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri.

mengapa rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri


Air zam-zam mengandungi khasiat yang tinggi. Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati. Jadi inilah sebab rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut dengan cepat.
Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.


http://setangile.blogspot.com/2011/07/hukum-dan-kesan-minum-berdiri.html

sunnah RASULULLAH SAW




1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan, daging atau ayam. Baginda pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah mendapat penyakit. ( Para saintis juga telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion positif manakala dalam makanan laut mempunyai ion negative. Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur makan akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus menjadi rosak.

2. Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.

3. Jangan makan buah bersama susu atau dalam erti kata lain – Koktel. Namun, para saintis telah menemui bahawa adalah baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan masalah penghadaman. Namun, pengguna perlu memilih jenis susu kultur yang kurang kadar kemasaman kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh mnyebabkan gastrik.

4. Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.

5. Rasulullah tidak makan ikan bersama daging atau telur.

6. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat seperti gandum atau roti.

7. Rasulullah akan tidur sekejab selepas makan tengahari sebelum masuk waktu Zuhur.

8. Rasulullah melarang umatnya untuk meninggalkan MAKAN MALAM. Barangsiapa yang meninggalkan makan malam. Dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah akan meningkat. Makan malam adalah sebelum Magrib.

9. Elakkan makan makanan darat bercampur makanan laut. Contohnya jika seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu, maka dia tidak digalakkan untuk makan makanan laut seperti udang, ikan atau sotong. Walau bagaimanapun, percampuran makanan ini ( antara makana darat dan makanan laut ) tidaklah dianggap haram cuma ia boleh membahayakan kesihatan.



10. Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk secara perlahan-lahan. Nabi melarang kita untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang sedang diminum.



Rasulullah SAW mengajarkan etika makan kepada ummatnya. Di antara hal-hal yang beliau ajarkan adalah :

1. Tidak mencela makanan yang tidak di sukai
2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan
3. Membaca basmalah dan berdo’a
4. Makan menggunakan tangan kanan
5. Tidak bersandar ketika makan
6. Memakan makanan yang terdekat
7. Memulai makan dari pinggir dan bukan dari tengah
8. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang
9. Menyisip tangan bagi yang makan tanpa sendok/garpu
10. Membersihkan piring dan membuang kotoran dari makanan yang terjatuh lalu memakannya
11. Tidak memperlihatkan rasa jijik terhadap makanan yang tidak biasa dimakan atau tidak disukai
12. Makan dan minum sambil duduk
13. Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas
14. Tidak berprasangka buruk jika makan ditemani orang yang berpenyakit
15. Tidak duduk pada meja yang dihidangkan makanan haram
16. Mendahulukan orang yang dikanan
17. Pemberi minuman yang paling akhir minum
18. Mendoakan shahibul bait (yang mengundang makan)
19. Menutup tempat makan dan minum

x rugi kalau diamalkan =)

http://www.salehsalmie.com/islamik-2/tazkirah/amalan-pemakanan-sihat-cara-sunnah-rasulullah-s-a-w/

Saturday 10 March 2012

sihat cara RASULULLAH

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.


2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.


3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.


5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.


6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.


7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.


9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat


10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.


11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.


12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.


14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.


15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.


16. Maafkan semua orang sebelum tidur

Monday 5 March 2012

www.freemp3.com =)

http://www.freemp3download2u.com
http://www.emp3world.com/
(yg ni malay mp3)
http://mp3skull.com
http://www.freemp3musicdownloadsite.net/
http://www.musicaddict.com
http://www.mp3fusion.net
http://www.mp3-center.org/

http://listmp3.com/
http://www.weblagu.com (prefer tiz one)