Tuesday 29 October 2013

SAYANG AYAH MAK

 
Alhamdulillah. akhirnya tamat jugak pengajian selama 4 tahun. masa berlalu begitu pantas. terima kasih kepada mak ayah yang selalu menyokong dan membesarkan diri ini. Semoga aku menjadi anak yang berjasa pada mak dan ayah, kini dan selamanya. Amin...Hari konvokesyen pada 27 Oktober lalu berlalu dengan lancar walaupun terdapat kekangan masa. semoga lebih berjaya di masa akan datang di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbalalamin... (ready to be recruit) hehe
 
 
 


taman saujana hijau, Putrajaya

peace 'fad'

tipah, zati, yaya, yana, mummy ziera, su

PRE CONVO

27 OKTOBER 2013, SESI 4, 2 PTG







HARI KONVO UPM KE-37, 26-29 OKTOBER 2013




30 SEPTEMBER 2013

AKU SAYANG KAKAK

Tarikh ni aku tak akan lupakan sampai bila-bila. Pemergian arwah Solehah sangat tak disangka-sangka dan begitu mengejut sekali. Hari ni dah 30 Oktober. Jadi, dah genap sebulan Solehah pergi mengadap Ilahi. Ternyata, Allah lebih sayangkan dia. Dan sebab itulah dia diambil dalam usia yang begitu muda, 25 tahun. Pemergian arwah sangat member kesan dan pengajaran kepada kami sekeluarga. Sesungguhnya, janji Allah itu pasti. “Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Dan sesungguhnya, “rezeki, jodoh, dan ajal sememangnya telah ditetapkan Allah. Kita hanya mampu berdoa berharap yang terbaik  di dunia dan akhirat.

 
Ternyata pemergian Allah memberikan banyak hikmah kepada kami sekeluarga. Allah tidak akan member ujian kepada hambanya yang tidak mampu. Pemergian arwah diredhai sekeluarga walaupun pada awalnya masing-masing begitu terkenang-kenang arwah Solehah terutamanya ibu yang melahirkannya dan ayah yang membesarkannya. Pemergian Solehah diredhai dengan bacaan al-fatihah dan yassin.

 
Hari konvokesyen UPM ke-37 yang berlangsung pada 26-29 Oktober lalu dihadiri dengan rasa serba kekurangan. Hari konvokesyen aku pada 27 Oktober lalu berasa begitu hambar tanpa kehadiran ahli keluarga yang tak seperti selalu. Arwah tidak sempat turut serta memeriahkan hari graduasi aku. Namun, Aku pasti Allah tahu yang terbaik untuk semua makhluknya.

 
Terasa begitu kekurangan sekali dalam keluarga ini yang sememangnya rapat sejak kecil. Keluarga umpama akar yang menyokong sebatang pohon. Masing-masing melengkapi antara satu sama lain. Kehilangan Solehah amat dirasai dan akan kekal di dalam hati kami sekeluarga. Doa adalah yang terbaik untuk disedekahkan kepada arwah. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan muslimin dan muslimat yang beriman. Aku akan mengikutimu satu hari nanti dan aku berdoa untuk lebih bersedia sepertimu; seorang wanita yang menjaga auratnya, berdikari, solat di awal waktu dan menjaga hati kawan. Sesungguhnya, setiap ujian Allah ada hikmah yang pasti. Kebahagiaan sebenar adalah di akhirat kelak. Semoga aku menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa. Amin Ya Rabbalalamin…

KERINGANAN YANG SERING MENDATANGKAN KESUSAHAN



Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

wallahualam..jika ada yang salah sila perbetulkan..


*COPY PASTE

BEAUTIFUL

Soldiers of Allah (Dawah, Tableegh and Jihad are purpose of our lives)

Dear Sisters realize that your true beauty isn't by wearing lots of Make up on your Face - True Beauty comes from your Faith.

For Beautiful Face - Pray Tahhajud daily
For Beautiful Lips - Kiss your Parents
For Beautiful Eyes - Cry in Salah
For Beautiful Kids - Be a Great Daughter
For Beautiful Ears - Listen to Quran
For Beautiful Husband - Make Dua
For Beautiful Heart - Do Dhikr
For Beautiful Life - Live Simple


*COPY PASTE

10 HAL SIA-SIA



Sufyan ats-Tsauri menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia(lagha), iaitu:-

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan mereka.

5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang lelaki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.


COPY PASTE*

RAHSIA PERKAHWINAN

Rahsia Perkahwinan
HAKIKAT SEBENAR KEHIDUPAN PASANGAN SUAMI ISTERI SEBELUM DAN SELEPAS...

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada ALLAH SWT melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan ALLAH SWT.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA KEADAAN RUMAH TANGGA MULA GOYANG..
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMPUNYAI ANAK...
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMPUNYAI ANAK...
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MEROSOT...
Yakinlah bahawa pintu rezeki ALLAH SWT akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG...
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI...
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI...
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK...
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH...
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA SAKIT...
Jangan diminum & dimakan ubat, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGINKAN KEAMANAN DAN HARMONIS SENTIASA...
Gunakanlah formula 7 K
1.Ketaqwaan kepada ALLAH SWT. 2.Kasih sayang. 3.Kesetiaan 4.Komunikasi 5.Keterbukaan. 6.Kejujuran. 7.Kesabaran.

*******************************************

COPY PASTE*

NASIHAT SAYYIDINA ALI BIN ABU TALIB


40 Nasihat Sayyidina Ali bin Abu Thalib ra...

"Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam atas Muhammad, Nabi yang ummi; juga kepada keluarga dan para sahabatnya, sebanyak jumlah apa Yang Engkau ketahui, seindah apa Yang Engkau ketahui, dan sepenuh apa Yang Engkau ketahui." Aamiin.

Sahabat2 fillah yang dimuliakanNya. Ada 40 nasihat dari Khulafaur Rasyidin keempat, Sayyidina Ali bin Abi Thalib ra. Yang berguna bagi kita sebagai renungan dalam menjalani kehidupan & muhasabah diri. 40 Nasihat itu sebagai berikut :

1. Pendapat seorang yang lebih tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging.

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

5. Jagalah ibu-bapamu, niscaya anak2mu akan menjagamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terpencil dari seorang yg bakhil.

8. Orang arif lebih baik daripada kearifannya. Orang jahat lebih jahat daripada kejahatannya

9. Ilmu lebih baik daripada kekayaan karena kekayaan harus dijaga, sedangakan ilmu akan menjagamu

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatlah kesusahanmu dengan mendirikan shalat

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam

12. Mengajar adalah belajar

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah kau jadikan keluargamu hina dan miskin

14. Insan terbagi kepada 3 golongan :

a) Mereka yang mengenal Allah

b) Mereka yang mencari kebenaran

c) Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran

Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah

16. Janganlah engkau takut kepada siapa melainkan dosamu terhadap Allah

17. Mereka yang mencari kekhilafan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kekhilafan orang lain

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

20. Jika kau mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, niscaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu.

21. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas

22. Sifat seseorang tersembunyi dibalik lidahnya

23. Orang yang membantu adalah sayapnya orang yang meminta

24. Insan tidur di atas kematian anaknya, tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya niscaya hilang apa yang mengenainya

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

29. Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan

32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

35. Jika berharta, berniagalah kerana Allah dengan bersedekah

36. Janganlah engkau lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

40. Jika engkau telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada keberhasilan yang telah kau peroleh.

Sumber dari kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyin.

7 bacaan pembuka pintu REZEKI



Assalamualaikum
Bismillahir-Rah maanir-Rahim ...

•Memperbanyak Membaca "Lahawla Wala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla Wala Quwwata Illa billah." (HR. At-Tabrani)

•Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

•Melanggengkan Ber-Istighfar "Barang siapa melanggengkan beristighfar niscaya Allah SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

•Membaca Surat Al-Ikhlas "Barangsiapa mmbaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

•Membaca Surat Al-Waqiah "Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup." (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

•Memperbanyak Shalawat Atas Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaih iwassalam berdiri seraya bersabda: "Wahai Manusia Berdzikirlah Mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya."

•"Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Insya Allah Kita Selalu Mengamalkan Bacaan Tersebut

kisah orang yg beruntung


Assalamualaikum muslimin,muslimah...mari membaca dan sebarkanlah..

【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang :

【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".
...
【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ".
...
【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".

【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".

【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT

【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?

【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ

DOA MUSTAJAB

ANTARA DOA-DOA YANG MUSTAJAB

1. Doa setelah solat tahajud.
2. Doa setelah solat dhuha.
3. Doa menjelang berbuka puasa.
4. Doa antara adzan & iqoma.
5. Doa antara dua Khutbah Jumaat.
6. Doa dipenghujung hari Jumaaat (ba'da asyar).
7. Doa dikala turun hujan.
8. Doa dikala mendengar kokok ayam (diriwayatkan ayam adalah haiwan yg dapat melihat    malaikat) / waktu subuh.
9. Doa imam & kholifah/­pemimpin yang adil.
10. Doa orang yg di zalimi.
11. Doa ibubapa kepada anaknya.

Adapun orang yang di doakan oleh para malaikat :

1. Orang yg selalu bersalawat/
2. Orang yg berada di shaf terdepan solat.
3. Orang yg merapatkan dan meluruskan shaf solat.
4. Wanita yg hamil.
5. Wanita yg merawat anaknya.
6. Orang yg mendoakan orang lain.
7. Orang yg duduk menunggu solat.
8. Orang yg tidur dalam keadaan suci.
9. Orang yg melawat orang sakit.



sumber: sharing is caring



BAHAGIA VS KECEWA


 
Bismillahirrahmanirrahim.
Semoga Allah bantu kita untuk memaknai hidup sebagai sebuah perjalanan yang akan berakhir pada kemuliaan dan kebahagiaan.

Sedang bahagiakah hari ini ? Atau sebaliknya ?
Bahagia dan kecewa dalam hidup adalah hal biasa.
Tidak ada seorang pun di muka bumi yang tak pernah kecewa.
Sebagaimana tak ada seorang pun di muka bumi ini yang tak pernah bahagia.
Orang kaya sekalipun, tak akan luput dari sebuah rasa, yaitu kecewa.
Rasa kecewa mampu singgah di hati siapa pun dan kapan pun.
Tanpa kecuali.

Sahabat sekalian...
Tentu rasanya sangat tidak enak, saat kecewa itu datang.
Terlebih kekecewaan itu dihadirkan oleh orang yang 'mungkin' selama ini kita percaya.
Atau bahkan kekecewaan itu dihadirkan oleh orang yang selama ini kita sayang.
Hingga kekecewaan itu pun kian meradangkan hati.

Hati kita hanya satu. Namun ia harus menyimpan beribu rasa di dalamnya.
Andai hati kita dapat bicara, mungkin ia akan berkata, "Hai manusia, mengapa kau taruh luka, derita, dan kecewa begitu banyaknya. Hingga aku pun lelah dan kian lemah. Kapankah kau simpan bahagia? Mengapa kau hanya menyimpan luka?"

Subhanallah...
Sebenarnya manusia dapat memilih rasa apa yang ingin disimpan di hatinya.
Rasa duka atau bahagiakah? Itu adalah hak manusia.
Namun kadang kita terlalu sibuk menyimpan duka dan derita.
Hingga kita lupa dan lalai menyematkan cinta dan bahagia di dalamnya.

Padahal Allah Maha Pengasih dan penuh cinta.
Cinta Allah jauh lebih besar dari sejuta kecewa dan duka yang bersemayan di hati setiap hamba-Nya.
Namun, kadang kita tak sadar akan itu semua.
Yang kita lakukan adalah menangisi keadaan dan meratapi kekecewaan.

Ya ALLAH...
Saat hatiku kecewa, bantulah aku untuk mengingat bahwa cinta-Mu lebih besar dari kekecewaanku.

Allahumma Aamiin...


|LIKE|SHARE|COMMENT| Islam Di Hatiku




BERINGAT SEBELUM MENGELUH

1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,
fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu,
fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

4. Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk,
fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk didalam hidupnya.

5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isterimu,
fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu,
fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

7. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu,
fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya,
fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir,
fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan

10. Dan disaat kamu penat dan mengeluh tentang pekerjaanmu,
fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

ﻓﺒﺄﻱ ﺍﻻﺀ ﺭﺑﻜﻤﺎ ﺗﻜﺬﺑﺎﻥ
(Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kau dustai ??)

Maka bersyukurlah..
Alhamdulillahi Rabbil’alamiin..

REZEKI


 
 
Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya.

Mungkin agak kasar melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.
pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam
Ingatlah,
mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.
mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.
mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.
mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.

Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini, atau di saat jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu..tarik dan hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah..Allah.. Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya.

-AbdulRaouf Jesperi-
 
 

RENUNGAN BERSAMA


·         GilerKentang
. MANUSIA yang paling berbahaya adalah MUNAFIK.

. SENJATA yang paling berbahaya adalah LIDAH.

. KEBIASAAN yang paling merusak adalah MEREMEHKAN DOSA KECIL....

. PERASAAN yang paling tidak berguna adalah DENGKI.

. KEGAGALAN yang paling melumpuhkan adalah MALAS.

. KONDISI yang terburuk adalah LEMAHNYA IMAN.

. PAKAIAN yang paling indah di dunia adalah AKHLAK YANG MULIA.

. SUKACITA yang terbesar adalah TERKABULNYA DOA.

. PEKERJAAN yang paling memuaskan adalah AMAL YANG IKHLAS.

. KOMPUTER yang paling hebat adalah AKAL.

. ENERGI yang terbesar adalah IMAN YANG KUAT.

. UBAT TIDUR yang paling mujarab adalah HATI YANG TENANG.

. DUA PERKATAAN yang penuh kekuatan adalah SAYA BOLEH.

. ASET yang TERBESAR adalah AMAL SOLEH.

. ALAT KOMUNIKASI yang paling hebat adalah DO’A.


Sunday 13 October 2013

selawat dalam doa





Said Ibnu Musayyid meriwayatkan daripada Ibnu Umar al-Khattab, beliau berkata, "Doa kepada Allah tidak akan diangkat apabila tidak disebut selawat ke atas nabi dalam doa tersebut". Apabila disebut selawat barulah diangkat doa tersebut. "Dan sesiapa yang menulis selawat nabi di dalam penulisannya (kitabnya), maka malaikat-malaikat akan terus berselawat ke atas nabi dan selama penulisannya kekal, maka selama itulah malaikat-malaikat mendoakan rahmat kepadanya."

 

sumber:http:/blog.tarbawi.my

Saturday 12 October 2013

elak gangguan jin iblis

          Kaedah untuk mengelakkan diri daripa gangguan jin


  1. Sentiasa istiqamah dengan zikir yang diwariskan Nabi s.a.w
  2. Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan
  3. Menyebut nama Allah setiap kali masuk kedalam tempat gelap
  4. Jangan menyakiti binatang tanpa sebab seperti anjing dan kucing
  5. Jangan tidur bersendirian. Jika terpaksa maka berwuduk dan bacalah doa
  6. Jangan membuang air  merata-rata tempat terutama di lubang-lubang
  7. Jangan membunuh ular sewenang-wenangnya yang masuk ke dalam rumah
http://ustazsharhanshafie.blogspot.com/


Ku berikan hatiku pada dunia

Dunia menipu, mempersenda, meletakkan aku di lembah kehinaan,

Ku berikan hatiku pada manusia

Manusia memperguna, mengata dan memfitnahku,

Ku berikan hatiku pada tuhan

Ku dibelai, disayangi dan dilindungi,

Namun aku adalah manusia yang tahu

Tetapi, leka dan terpedaya dengan duniawi...
 
re-editted

sunnah sebelum tidur



 
Apabila jiwa kosong 
maka kehidupan umpama lorong duka lara,
simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan
sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.

Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam
juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.
Jiwa adalah sarang kebahagiaan,
taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.
Kemanakah perginya kelazatan
pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan.
Dari manakah datangnya kepanasan
di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.
Manusia tetap manusia,
memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwanya
agar dirinya mengenal erti takut dan tunduk.
Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian
dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.
Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan
serta ketinggian untuk memetik buah kebahagian
dalam rimbunan pepohon keimanan.
 
Amalndunia.blogspot.com
 
 
 
 

RAHSIA AL-FATIHAH



:: RAHSIA SURAH ALFATIHAH ::

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman
3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental...
4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan.
5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

~WALLAHUALAM BISAUWAB~

Share

AYAT SERIBU DINAR


 
 
AYAT SERIBU DINAR

Sesiapa yang mewiridkan ayat 1000 Dinar, Allah s.w.t akan murahkan rezekinya dan memberi keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Amalan membaca ayat ini selepas menunaikan Solat Fardhu 5 waktu sebagai usaha untuk memohon supaya dengan keberkatan ayat itu sendiri, Allah akan melimpahkan rezeki kepadanya.

Ayat ini dipetik dari Surah At-Tholaq [65:3] yang bermaksud:

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Ayat ini daripada Rijalu'Ighaib, diberikan kepada seorang lelaki di tengah lautan dengan hadiah 1000 dinar.

Siapa yang mewiridkan membacanya setiap kali sesudah menunaikan Solat Fardhu 5 waktu, nescaya Allah murahkan rezekinya dan ia bakal mencapai kemuliaan di dunia dan di akhirat.

Barangsiapa membaca ayat ini sesudah menunaikan Solat Fardhu dengan bilangan ganjil iaitu 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 dan seterusnya, nescaya akan ditolak kesulitan yang dihadapinya.

Malah Allah s.w.t akan melapangkan urusannya dan pengamalnya berasa tenang. Pergaulan seharian serta pekerjaan juga menjadi mudah.


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

***Sumber Dari : FB ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

SEBUT DAN HAYATI


* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* SUBHANA'LLAH

* ALHAMDULI'LLAH

* LAA I LAAHA ILLA'LLAH

* ALLAHU AKBAR

* ASTAGHFIRU'LLAH

* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH

* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN*

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan.


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.


***Sumber Dari : FB wan nasrah

orang yang mendapat doa MALAIKAT



Allah SWT berfirman,
“Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”* (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan”*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf”*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu”*(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Sumberhttp://ohislam.com/6-orang-yang-mendapat-doa-para-malaikat


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.


***Sumber Dari : FB Fb LayarMinda

 

PETUA cantik berseri





Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik,
Cucilah minimal 5 X sehari dengan air wudhu. Jangan terus dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, shalat, berdzikir,dan berdo'a.

· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'.
Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman.
Tidak hanya dibibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).-DOA TENGOK CERMIN

· Untuk punya bibir cantik ,
Bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

· Agar tubuh langsing , mulus,
Diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 X, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan dan air putih.

· Untuk mengembangkan diri,
Sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

. Satu amalan penyeri wajah baik pada lelaki atau perempuan:-
Petuanya mcm ni pada hari selasa tepat jam 12mlm ambil segelas air mineral atau air masak bekaskan di dalam cawan jgn tutup air itu dan selawat 10 kali letakkan di luar rumah cari tempat yang sesuai untuk senang kena embun dan ambil air itu setelah kamu lepas solat subuh bismilah 7 kali dan minum air itu tinggal kan suku gelas dan sapu di muka buat tiap2 hari selasa anda akan rasa keajiabannya dalam masa 7 hari amal kan nya selalu.


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

***Sumber Dari : http://izanmann.blogspot.com/