Saturday 28 June 2014

harmful chemicals for skin


Wednesday 11 June 2014

danger of less sleep

 

zikir selalu =)


amalan pembuka rezeki


doa pendinding diri

Ayat Kursi adalah ayat ke-255 dari Surah al-Baqarah boleh diamalkan untuk pertahanan diri dan juga melindungi kediaman dan harta benda anda.

Berikut adalah cara untuk mengamalkan Ayat Kursi untuk pelindung diri:

1. Baca Ayat Kursi sekali dengan 9 wakaf (tempat berhenti).
2. Setelah selesai membaca, tiupkan dan hembuskan sambil mengelilingi badan mengikut arah lawan jam dengan niat untuk melindungi diri.

Wallahu'alam.

'facebook anugerah'

 



 
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kekadang, kita mengeluh. Kita memperkatakan bahawa kita sudah penat dan hampir berputus asa.

Walhal, kita sudah menempuhi kehidupan yang sementara ini dengan berpuluh-puluh tahun tanpa kita sangka. Segala pengalaman yang tidak enak, telah kita lupa dan telah kita berjaya melangkahnya tanpa kita sedari..

Ajaibnya kehidupan..Hebatnya perancangan Allah



 

 


5 wisdoms

Five Wisdoms ::

1) If you are right then there is no need to get angry, and if you are wrong then you don’t have any right to get angry.

2) Patience with family is love Patience with others is respect Patience with self is confidence.

3) Never think hard about the past. It may bring sorrow. Don’t think more about the future. It may bring fears. Live this moment with a smile. Trust in Allah.

4) Every test in our lives makes us bitter or better. Every problem comes to make us or break us However, the choice is ours, whether we become victims or victorious.

5) Search for a beautiful heart and not a beautiful face. Beautiful things are not always good, but good things are always beautiful. Love each other for the sake of Allah.

May Allah grant us the ability to be the best Muslims we can possibly be. In sha’Allah

"quote"

Friday 2 May 2014

khasiat 3 ayat akhir surah al-hasyr


Tiga ayat akhir Surah Al-Hasyr mengandungi fadhilat dan khasiatnya yang tersendiri. Ianya mempunyai ‘Asma ul Husna’ yang paling agung pada enam aat terkhir dari surah Al-Hasyr. Penyebutan nama-nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan sifat-sifat-Nya yang menjadikan-Nya Tuhan. Dia Maha Pencipta dan yang selayaknya disembah. Hanya dengan mengingati Allah maka hati kita dilatih menjadi sedar dan insaf kerana kita ini hamba-Nya.
 
 
Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 21-24) selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang, ia akan;
 
1.      Mendapat rahmat Allah سبحانه وتعالى.
2.      Allah سبحانه وتعالى menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya.
3.      Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid.
4.      Dimudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak.
.
Dalil mengenai keistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr
 
1)      Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabi telah bersabda : “Sesiapa membaca ketika bangkit subuh “A’uuzubillahis-Sami’il-’alimi-Minas-Syaitanir-Rajim.” Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah سبحانه وتعالى mewakilkan 70 malaikat berselawat ke atasnya hingga ke petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.”
 
2)      Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
 
3)   Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah سبحانه وتعالى mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)
 


Walaupun hadis di atas dianggap lemah tetapi kita boleh meyakini dan mengamalkannya dengan berkat ‘Asma ul Husna’ yang terkandung di dalamnya dan tujuan beramal dengan Kalamullah. Hanya dengan  membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyr (ayat 22 – 24) yang mudah ini, para malaikat akan berselawat. Semoga dengan berkat keikhlasan bacaan itu, kita mendapat syafaat selawat tersebut untuk membantu kita memasuki jannah kelak. InsyaAllah.

http://shafiqolbu.wordpress.com/2014/02/06/fadhilat-dan-khasiat-tiga-ayat-akhir-surah-al-hasyr/
.
.

zuhud dunia

Daripada Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

"Zuhud di dunia bukanlah dengan mengharamkan yang halal, bukan juga dengan mensia-siakannya, melainkan kamu lebih percaya kepada apa pun yang ada di tangan Allah daripada apa pun yang ada di tanganmu dan jika ditimpa musibah, kamu lebih mengharap pahala musibah itu daripada berada di dalamnya, meskipun musibah itu tetap menimpamu." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Tuesday 4 February 2014

aku cinta rasulullah T_T



Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa.

Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan... Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu,
Dan kebebasan daripada api neraka-Mu,
Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia.
Kami mohon...Kami mohon pada-Mu,
Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam.....
يا رَبِّي قَدْ غَفِلْنَا وَكُلُّناَ طَمْعٌ
فِيْ عَفْوٍ وَفِيْ كَرَمٍ وَفِيْ أَعْتَاقٍ
وَجَنَّةٍ مَعَ سَيِّدِ الْبَشَرْ
نَدْعُوْك..نَدْعُوْكَ رَبِّيْ مِنَ الْأَعْمَاقِ


Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu..
لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْب
لَدَنَا القَاصِيْ وَالْقَرِيْب
مِنْ طَيِّبَةٍ قَبْلَ الْمَغِيْب
طَالِباً قُرْبَ الحَبِيْب


Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan.
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna.
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba.
بِقُرْبِهِ النَّفْسُ تَطِيْب
وَتَدْعُوا الله فَيُجِيْب
أَنْوَارُ طَهَ لاَ تَغِيْب
بَلِّغْنَا لِقَاهُ يَا مُجِيْب


Hidayahmu kepada alam merata luas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah.
Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih.
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

هُدَاكَ الْكَوْنُ الرَّحِيْب
رَحْمَةَ الهَادِيْ الْقَرِيْب
حَدِيْثُكَ النَّهْرُ الْعَذِيْب
جِوَارُكَ الْغُصْنُ الرَّطِيْب

Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku.
Nabi Muhammad yang mulia lagi asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang,
Tuhan kepada seluruh Alam
فَدَتْكَ رُوْحِيْ يَا حَبِيْب
محمدٌ مُكْرِمَ الْغَرِيْب
بِقُرْبِكَ الرُّوْحُ تَطِيْب
ياَ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْن

Wahai Kekasihku Wahai Muhammad
Wahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu.
يَا حَبِيْبِيْ ياَ مُحَمَّدْ
يَا طَبِيْبِيْ يَا مُمَجَّدْ
أَنْتَ ذُوالْفَضْلِ الْمُؤَيَّدْ
جَلَّ مَنْ صَلَّى عَلَيْك

©drnasrullah.blogspot.com

suntikan semangat





hati yg hidup vs hati yg mati

klik utk besarkan

*copy paste

doa apabila ditimpa musibah dan permudah urusan



doa mohon keampunan dan kebaikan



10 PERINGATAN BUMI

KLIK imej untuk besarkan

air penerang hati


 


sia-sia

Alangkah sia-sianya diri kita bila:

>> Ilmu yang kita ada tidak diamalkan,
>> Amal yang kita lakukan tidak ikhlas,
>> Harta yang kita dapat tidak disedekahkan,
>> Hati kita kosong dari berzikir,
>> Badan malas untuk beramal,
>> Cinta kita bertepuk sebelah tangan kepada sang pencipta,
>> Waktu yang kita ada disia-siakan,
>> Kita memikirkan sesuatu yang tidak ada manfaatnya,
>> Kita enggan berkhidmat untuk mendekatkan diri pada Allah,
>> Kita TAKUT terhadap sesuatu yang tidak boleh memberi mudharat dan manfaat.

✪LIKE Jika Suka, SHARE Jika Bermanfaat✪
  Jika saat ini kita sedang tersenyum..
Semoga senyuman itu menjadi ibadah..
Jika saat ini kita sedang marah..
Semoga kemarahan itu tidak melampaui batas...
Jika saat ini kita sedang sediih..
Semoga kesedihan itu mampu menghidupkan hati dan jiwa..
Jika saat ini kita sedang letih..
Semoga keletihan itu menjadi penggugur dosa..
Semoga apa yang kita lakukan hari ini jauh lebih baik dari semalam..
Semoga kebahagiaan dan keberkahan mengiringi perjalanan
hidup kita selalu..

✪ LIKE Jika Suka, SHARE Jika Bermanfaat ✪
Islam Sejati <https://www.facebook.com/IslamYangSejati>

4 penyakit dunia


 
Barangsiapa yang bangun di pagi hari & hanya dunia yang dipikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak-hak Allah dalam dirinya (tidak berdzikir) maka Allah akan menanamkan 4 penyakit:

1. KEBINGUNGAN yang tiada putus-putusnya,
2. KESIBUKAN yang tidak pernah ada Hujungnya,
3. KEPERLUAN yang tidak pernah terpenuhi,
4. KHAYALAN yang tidak berujung.

(HR. Imam Thabrani)


Islam Itu Indah <https://www.facebook.com/IslamItuIndah.my>

7 KUNCI KEBAHAGIAAN

7 KUNCI KEBAHAGIAAN

Menurut Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA, 7 Kunci Kebahagiaan adalah :

1. Jangan membenci siapapun, walau ada yg menyalahi hakmu.

2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun masalah memuncak.

3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

5. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.

6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.

7. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.

(Layari Portal Berita Mynewshub)

Tanyalah Ustaz <https://www.facebook.com/tanyalahustaz>

marah dan ego

Kita manusia adalah sebahagian dari alam yang tertakluk kepada peraturan alam yang sepenuhnya di bawah ketentuan qada dan qadar ilahi. Manusia punya kehendak dan keinginan yang tertakluk kepada kehendak yang Maha Berkuasa.

Salah satu sebab kita jadi kurang sabar kerana merasakan kita mampu menentukan sesuatu itu seperti yang kita kehendaki dalam imaginasi fikiran kita dalam tempoh masa yang tertentu. Bila ianya tidak berlaku seperti yang inginkan, kita jadi hilang sabar dan mula marah-marah.

Kehendak dan keinginan kita adalah imaginasi keegoan kita di dalam fikiran kita. Yang kita sendiri tetapkan berdasarkan ilmu dan pengalaman hidup kita. Bila kita marah kepada sesuatu yang diluar dari diri kita (anak-anak yang melakukan 'kesalahan', peristiwa yang tidak 'betul' menurut neraca fikiran kita), kita sebenarnya sudah meletakkan kesalahan kepada benda yang bukan sebenarnya. Yang 'bersalah' sebenarnya ialah apa yang di dalam diri kita, iaitu imaginasi keegoan sendiri yang kita guna pakai sebagai neraca.

Kita akan kekal sebagai seorang yang tidak sabar dan pemarah selagi imaginasi keegoan kita tidak dapat diperbetulkan.

Ia bukan suatu yang mudah untuk diperbetulkan, memahaminya pun agak sukar. Renung-renungkan lah.

~ Ibubapa Cemerlang <https://www.facebook.com/ibubapacemerlang>

dunia kecewa



aku mencari kebahagiaan dunia
aku mengejar cita-cita dunia
mencari erti kehidupan bahagia
aku terhenti apabila ketenangan sirna
apabila nikmat dunia tiada lagi di rasa
aku mula mencari kebahagiaan sebenarnya
lantar aku berpaling dari dunia
aku mencari sang pencipta
sungguh aku tidak kecewa
aku redha dengan ujian maha Esa
aku tempuhi hidup dengan lebih bahagia
bahagia sebenar adalah jiwa yang redha
bukan harta dan nafsu dunia
sungguh aku terleka dengan dunia
dunia yang penuh tipu daya
aku bersyukur kepadaNya
dengan rahmat dan petunjuknya
aku kembali menjadi hamba suruhanNya
semoga bahagia akhirat dinanti akan tiba

fad =)

doa permudah urusan



 
Doa ini adalah doa yang sahih daripada Rasulullah yang mengandungi permohonan berbagai kemudahan dalam segala urusan. Semoga ianya bermanfaat.
 

Dari Anas bin Malik, beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda;
“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa.”(Ya Allah! Tiada kesenangan kecuali yang Dikau permudahkan; Dan Dikaulah menjadikan kesedihan (kesukaran), jika Dikau mengkehendakinya pasti akan menjadi mudah.)”
 
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya (3/255). Diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi ‘Umar, Ibnus Sunni dalam ‘Amal Yaum wal Lailah’. (Jaami’ul Ahadits, 6/257, Asy Syamilah).
 
Sanad hadis ini sahih sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Syu’aib Al Arnauth dalam tahqiqnya terhadap Sahih Ibnu Hibban.
 
 
Manusia mempunyai kehendak. Tetapi kehendak tersebut hanya boleh direalisasikan dengan baik dan sempurna, jika Allah menghendakinya. Oleh kerana itu, hati seharusnya bersandar pada Yang Maha Khaliq iaitu Allah سبحانه وتعالى.
 
Perlunya beriman kepada takdir Ilahi dengan baik dan redha supaya tidak menjadikan seseorang semakin dukacita di atas segala musibah atau kesukaran yang menimpanya.
 
Takdir di satu bahagian kelihatan agak menyakitkan. Namun Yakinlah! Jika kita melihat dari sebelah yang lain pula, pasti ada yang terbaik dan hikmah tersembunyi yang terdapat di sebalik semua yang terjadi itu.
 

Wednesday 15 January 2014

sabar itu indah

 


SABAR ITU SUSAH, TAPI AKAN INDAH

Jadikanlah sabar seperti sabarnya ulat yang menanti menjadi kepompong, dan kepompong pun harus bersabar untuk menjadi seekor kupu-kupu yang indah..

Jadikanlah sabar seperti sabarnya kaktus yang bertahan di padang pasir yang panas untuk menanti mekarnya kuncup bunga sebagai penghiburnya..

Jadilah sabar seperti sabarnya bumi menanti hujan yang turun dari langit untuk menumbuhkan biji-bijian dalam perutnya..

Sabar ,bukan bererti lemah, bukan pula bererti kalah..

Justeru sabar adalah benteng keselamatan dari keputus asaan..

Bertawakal atas segala ujian..

Sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar..

(QS. Al-Baqarah: 153)

SubhanAllah.. Semoga Bermanfaat.. Aamiin 
 

"KATA-KATA HIKMAH" https://www.facebook.com/kata2hikmah.new
Follow twitter: @kutipanhikmah

...sedang bersabar dengan kerenah manusia...


syurga rumah tangga

Syurga Rumah Tangga

Binalah rumah tangga di atas tapak iman
Tuluslah niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakan kembara berdua
Kerana dan untuk...Allah jua

Di atas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
Tempat merujuk segala kekusutan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah jadi sambungan madrasah
Berputiklah mawaddah..
Berbuahlah rahmah

Inilah kunci kebahagian rumah tangga
Setia dan penyayang seorang suami
Cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
Lahirlah zuriat yang soleh dan solehah!

 

LayarMinda https://www.facebook.com/layarMinda




 
 
 

ALLAH sebaik-baik penolong


Nabi muhammad tetap SENYUM pabila dibenci ..
tetap TENANG pabila dimusuhi ..
tetap MEMBANTU walau disakiti ..
tetap MENYERU walau diusir pergi ..

Kenapa kita MUDAH BENCI bila dikasari ,
mudah PUTUS ASA bila yang di lalukan tak menjadi ,
mudah KECEWA bila orang lain tak memahami ,
mudah TERGURIS bila dilukai .
Cukuplah Allah sebaik baik penolong & sebaik2 pelindung.

~Allah Allahu

Islam Sejati <https://www.facebook.com/IslamYangSejati>
 

 



 
 

maafkan lah


Menghukum dan terus menghukum.. Itukah kita??
Menghukum org yg melakukan kesalahan pada kita.. Mengapa? Kerana ego.. Ego untuk memaafkan org tersebut.. Tepuk dada tanya imanmu...
Siapakah kita untuk menghukum? Kita hanya manusia yg xlepas membuat kesalahan..layakkah kita menghukum manusia yg lain.. Lalu Siapa yg layak menghukum?? Allah bukan??
Maka Maafkan kesalahan org lain.. Hati mu akan lebih tenang..



(Layari Portal Berita Mynewshub)

MyNewsHub <https://www.facebook.com/mynewshub>

100 sunnah rasulullah

Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit.

Antara 100 di atas.. cuba kira berapa yg kita amalkan secara istiqamah.

Sollu 'alannabiy.

via Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat


LayarMinda <https://www.facebook.com/layarMinda?ref=stream> · 88,328 like this10 hours ago </layarMinda/posts/753958681299969>

fikir-fikirkan

Assalamualaikum,

Kalau tidak mampu memberi, usahlah mencaci.
Kalau tidak mampu menyenangkan, usahlah menyusahkan.
Kalau tidak mampu membahagiakan, usahlah disakitkan.
Kalau tidak mampu mempercayai, usahlah didustai.

Apa yang kita lakukan, Allah pulangkan.
Kalau tidak dari orang yang sama, Allah hantar orang lain.

Fikir-fikirkan..

Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

solat sunat rawatib


وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ
Dari Ibnu Umar bahawa; "Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh." (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)

.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh." (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
 
click to view larger
 
http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-rawatib/

akal


 
Akal itu seperti MATA, ilmu itu seperti CAHAYA, amal itu seperti PINTU, ikhlas itu seperti ANAK KUNCI PINTU dan istiqamah itu PERGERAKAN yang bawa melepasi pintu kepada redha Allah swt dengan jayanya.

Ada akal namun tiada ilmu, tersesat
Ada ilmu tapi tiada amal, salah pintu
Ada amal tapi tidak ikhlas, tiada kunci.
Ada ikhlas tapi tiada istiqamah, pintu tertutup.

Muhasabah untuk diri dan mereka yang ingin mengambil pengajaran.


Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman <https://www.facebook.com/pages/Ustaz-Dr-Zaharuddin-Abd-Rahman/264020270304330>

Thursday 2 January 2014

hajat tak dimakbulkan. mengapa?


Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang muslim di atas bumi ini berdoa kepada Allah dengan suatu doa melainkan doanya tersebut akan dikabulkanNya atau dihindarkan orang itu dari bahaya sebanding dengan apa yang dimintanya selama doa itu tidak mengandungi dosa atau bermaksud hendak memutuskan silaturrahim." Salah seorang sahabat bertanya: "Kalau begitu kami memperbanyak doa (permohonan)!" Nabi SAW bersabda: "Allah lebih banyak lagi (dalam mengabulkannya)." (HR At-Tirmidzi)

Walaupun kadang-kala jadi yang sebaliknya dari apa yang kita minta. Kita kena ingat, janji-janji Allah SWT – qadak dan qadar seperti yang disebut dalam Al-Quran bahawa:

1. Bila masanya Allah SWT nak makbul doa, itu adalah dalam ilmu-Nya.
2. Apa yang kita rasa Dia "tak makbul" sebenarnya mungkin ujian dan kebaikan pada kita.

Doa yang dipohon ada kalanya diperkenankan ketika seseorang itu masih hidup dan ada doa yang diperkenankan, tetapi ditangguhkan di akhirat kelak. Allah memperkenankan doa dalam tiga bentuk; samada cash, ditangguhkan di hari kemudian atau digantikan dengan sesuatu yang lain… Hanya Allah Ta’ala saja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-Nya!

Sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Tiada seseorang yang berdoa dengan sesuatu doa melainkan dikabulkan baginya, sama ada disegerakan baginya di dunia, dan ada kalanya ditangguhkan baginya di akhirat, dan ada kalanya baginya akan dihapus dosa-dosanya dengan kadar apa yang dia berdoa selagi dia tidak berdoa dengan sesuatu dosa atau memutus hubungan silatulrahim atau tergesa-gesa seraya mengatakan: "Aku berdoa wahai Tuhanku, maka bagaimana Dikau tidak mengabulkan kepadaku." (HR Ahmad dan Hakim)
Bermohon dan serahkanlah sepenuh keikhlasan dan keyakinan kepada Allah SWT, sambil terus melakukan solat Istikharah dan Hajat 3 atau 7 hari berturut-turut atau mungkin lebih lagi, mengikut kepentingannya. Di samping itu dapatkanlah restu ibu bapa dan muhasabah diri.. Insya-Allah, akan diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, kecenderungan, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik.

Mari kita lihat seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham yang pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah di Iraq, "Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT pada hal kami selalu berdoa." Ibrahim Adham menjawab: "Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu :

1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun tidur dan menceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat saudara-mu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Daripada sepuluh sebab itu, tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sewajarnyalah kita tidak mendapat apa yang dihajatkan dan tak memungkinkan setiap permintaan dikabulkan Allah SWT.

http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-hajat/

doa agung hari jumaat



khasiat berwudhuk



Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.

Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Wednesday 1 January 2014

bersangka BAIK



 
Nabi NUH belum tahu banjir akan datang ketika ia membuat kapal & ditertawai kaumnya.

Nabi IBRAHIM belum tahu akan tersedia domba ketika pisau nyaris memenggal buah hatinya.

Nabi MUSA belum tahu laut akan terbelah saat dia diperintah memukulkan tongkatnya.

Nabi MUHAMMAD SAW pun belum Tahu kalau Madinah adalah Kota Tersebarnya Ajaran yang dibawanya saat beliau diperintahkan berhijrah.

Yang Mereka Tahu adalah bahwa Mereka harus Patuh pada perintah Allah dan tanpa berhenti Berharap yang Terbaik.

Ternyata dibalik keTIDAKTAHUan kita, Allah telah menyiapkan
SURPRISE saat kita menunaikan perintahNYA.

Pertolongan Allah datang di detik2 Terakhir dari Usaha Hamba-Nya.
Kalaupun Hasil Yang kita Usahakan masih Jauh dari Harapan, Usah kita berkecil hati.

Tetap HUZNUDZON apapun yang terjadi..
Berbaik sangkalah selalu kepada ALLAH....

SubhanALLAH..!!


Semoga menjadi kebaikan Kita semua.

GilerKentang <https://www.facebook.com/gilerkentangblog>

sedekah ketika kekurangan

 
  
Sedekah di Saat Kekurangan ...
Ada yang mampu seperti ini?

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « سَبَقَ دِرْهَمٌ دِرْهَمَيْنِ ». قَالُوا وَكَيْفَ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « كَانَ لِرَجُلٍ دِرْهَمَانِ فَتَصَدَّق أَجْوَدُهُمَا فَانْطَلَقَ رَجُلٌ إِلَى عُرْضِ مَالِهِ فَأَخَذَ مِنْهُ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ فَتَصَدَّقَ بِهَا »

Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Satu dirham dapat mengungguli seratus ribu dirham". Lalu ada yang bertanya, "Bagaimana itu bisa terjadi wahai Rasulullah?" Beliau jelaskan, "Ada seorang yang memiliki dua dirham lalu mengambil satu dirham untuk disedekahkan. Sedangkan ada seseorang memiliki harta yang banyak sekali, lalu ia mengambil dari kantongnya seratus ribu dirham untuk disedekahkan." (HR. Imam Ahmad 2: 379. Sanad hadits ini kuat kata Syaikh Syu’aib Al Arnauth).

Nyatalah di sini, sedekah dari orang miskin yang penuh kekurangan lebih utama dari sedekah orang kaya yang hartanya melimpah.

Selengkapnya baca di Rumaysho.Com:
 

Mengenal Ajaran Islam Lebih Dekat <https://www.facebook.com/rumaysho>
 
 






 
 
 
 

 

dia...

Dia cantik, tapi tidak kekal.
Itulah dunia.

Dia berat, tapi ringan untuk meninggalkannya.
Itulah solat.

Dia datang, tapi tidak akan berulang.
Itulah waktu.

Dia dekat, tapi kita tidak boleh cabut lari.
Itulah kematian.

Dia tidak kelihatan, tapi kekal.
Itulah akhirat.

jadi, bersiaplah..

pesanan untuk aku, kamu dan dia-dia.

 
 
 
 

ayat benteng pertahanan diri

Tidak syak Al-Quran memang merupakan pendinding dan pelindung daripada segala keburukan, Al-Quran Kalamullah, Allah Ta’ala memerintahkan apabila kita diganggu oleh syaitan maka kita memohon perlindungan kepadaNya, sebagaimana firmanNya:
وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: “Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Fussilat 41:36)



Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
  1. Al-Muawwizat
  2. Ayatul Kursi
  3. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
  4. Ayat Berkubu
  5. Ayat Penggerak

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
Al-Muawwizat iaitu;
  1. Surah Al-Ikhlas
  2. Surah Al-Falaq
  3. Surah An-Naas

Cara:

  1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
  2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
  3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah)
  4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
  5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangankeseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
  6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
2.0 AYATUL KURSI
ayat-kursi
Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA
  1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
  2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
  3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
ayat-1-9-yassin
Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur’an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
CARA
  1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
  2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.
4.0 AYAT BERKUBU
ayat-berkubu
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.
CARA
  1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
  4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
  5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK
ayat-penggerak
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
CARA
  1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
  2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
Sumber: Darussyifa