Sekiranya kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita, tetapi sekiranya kita cinta kepada
Allah, niscaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu
kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai, tetapi sekiranya kita cinta
kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada
Allah juga.
Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehmu
kepadaku, maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah keranaMu, dan
campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku adalah keranaMu.
Namun andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu
kepadaku, berikanlahku kekuatan agar pasrah dalam mengarungi ujian yang Kau
berikan kepadaku.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,agar bertambah kekuatanku untuk
mencintaiMu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku padaMu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar
tidak berpaling daripadaMu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindui syurgaMU.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah
kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam
terakhirMu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, janganlah
biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia
kepadaMu.
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan
biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku dari cinta hakiki dan rindu
abadi hanya kepadaMu.