Posted: 02 Jun 2013 10:41 AM PDT
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari
dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika
ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si
fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu
Hibban dari Ibnu Umar ra).
Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama
fikih menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara
kebersihan fizikal dan rohani.
Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan
disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua
tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh
kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.
Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I’jaz
Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua
hal yang diperintahkan dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai
dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke
dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap
kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki.
Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah,
para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki
mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan
alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.
Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah
yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan
Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam
keadaan suci.
Khasiat berwuduk sebelum tidur
1) Menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak
terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa
percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot
yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah
melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa
letih.
2) Mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit
wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit.
Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan
tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
3) Didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan
kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah
makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa
dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com