Saturday, 15 June 2013

insan bernama sahabat



aku kenal dia. Nampak sombong mula-mulanya. Dia Nampak Islamic dengan tudung labuh, stoking la..memang ciri-ciri muslimah menutup aurat yang sempurna. Mulanya, aku malu nak berkawan dengannya, ingatkan dia tak sudi nak kawan dengan orang macam aku ni. Ya la..aku ni pun bukan baik sangat, setakat pakai tudung ja..tak lengkap lagi tutup aurat aku ni. Aku tengok dia berpakaian, aku jadi malu. Terdetik dalam hati,”Sepatutnya aku jadi macam ni, mungkin satu hari nanti”. Dia pulak tak pernah persoalkan cara berpakaian aku. Tapi, dia selalu ingatkan aku untuk solat. Sebelum ni, aku memang selalu skip subuh, tapi sejak ada dia aku tak tinggal solat subuh lagi sebab dia selalu gerak aku solat. Yang paling aku suka, dia nampak Islamic, tapi otak dia gila-gila. Dia boleh sembang merapu dengan aku, dia layan ja apa aku cakap, apa aku cerita kat dia. Seronok sangat.. pandangan aku pada wanita Islamic dah berubah sejak aku kenal dia. Aku ingat wanita Islamic ni tak sudi berkawan dengan gadis-gadis biasa macam kami ni. Rupanya aku salah, tak semua yang macam tu. Aku suka dengar dia baca al-Quran, sedap sangat. Terdetik dalam hati “kalau la aku pun boleh baca al-Quran macam ni kan best”. Dia selalu baca al-Quran..aku teringin nak baca. Tapi aku malu kat dia sebab dia terror. Aku baca kadang-kadang ja, kalau dia tak dak. Tak baik aku buat macam ni, aku patut malu kat Allah, bukan manusia. Tapi, aku tak boleh buang perasaan macam ni..rasa bersalah sangat.

Time aku tulis ni, aku baru ja mesej dia..macam tau-tau ja aku tulis pasal dia. Kenal dia memang saat indah dalam hidup aku. Mungkin Allah dah makbulkan permintaan aku, jauhkanlah aku dari perkara yang mungkar, jadi dia hantar seorang hamba untuk aku belajar dan ikut. betul macam rasulullah cakap..contoh teladan yang baik lagi mudah diikuti dari teguran...Semoga aku jadi insan lebih baik selepas ini. Amin….

Nak jadi baik memang payah..
Kadang-kadang rasa penat sangat
Lagi lagi nak istiQamah..

Tapi yakinlah, ALLAH ada ..
DIA nilai , DIA bantu ..
Awak kena rajin BERDOA... 


0 comments:

Post a Comment