Friday, 1 November 2013

PERINGATAN bersama


Pertama;
Tahajjud. Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua;
Melazimi al-Quran & zikir al-Mathurat sebelum terbit & terbenam matahari.

Ketiga;
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin, muslim yang utuh.

Keempat;
Jaga solat dhuha kerana rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima;
Jaga sedekah setiap hari, walaupun hanya dengan sekuntum senyuman.

Keenam;
Jaga wudhuk terus menerus kerana ALLAH SWT menyayangi hamba-NYA yang berwudhuk.

Ketujuh;
Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan;
Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat karena ALLAH SWT.

Kesembilan;
Senantiasa ceria dan berfikiran positif karena itulah watak seorang mukmin sejati.

Kesepuluh;
Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus kerana ALLAH SWT kerana di situlah terletaknya nilai amalan di sisi-NYA.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

0 comments:

Post a Comment