Sesiapa
membaca Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya,
Allah akan
menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan hartanya
Sesiapa
membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh
Sesiapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
Nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
Sesiapa
yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu,
setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak
musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,
kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan
keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin
Allah s. w. t.
Mengikut
keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap
hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga
semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan
izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50
kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah
akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut
Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
“Sesiapa
pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan
segala kefakiran di depan matanya.”
Sabda
baginda lagi;
“Umatku
yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan
solat sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan
kejahatan pembesar.”
Orang yang
selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA
memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi
akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah
daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan
izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi
menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika
dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh
khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika
anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah
itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca
ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan
2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap solat Fardhu, ia akan berada
dalam lindungan Allah hingga solat yang lain. Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga
kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di
sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap solat
Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur
perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya
rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
solat Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah
seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang
siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan
memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin ‘Amr r. a. , Rasullullah s. a.
w. bersabda,
0 comments:
Post a Comment