Syurga Rumah Tangga
Binalah rumah tangga di atas tapak iman
Tuluslah niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakan kembara berdua
Kerana dan untuk...Allah jua
Di atas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
Tempat merujuk segala kekusutan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah jadi sambungan madrasah
Berputiklah mawaddah..
Berbuahlah rahmah
Inilah kunci kebahagian rumah tangga
Setia dan penyayang seorang suami
Cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
Lahirlah zuriat yang soleh dan solehah!
LayarMinda https://www.facebook.com/layarMinda
Wednesday, 15 January 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment