Keistimewaan:
- Premium dibayar oleh PTPTN.
- Perlindungan RM ke RM (Dollar to Dollar) (insurans am) dan RM100,000 (insurans amanah).
- Khairat/pampasan kematian untuk pendeposit (RM2,000) dan penerima manfaat (RM500).
- Had umur pendeposit 18 tahun hingga 65 tahun.
- Had umur penerima manfaat 1 hari hingga 28 tahun.
- Pendeposit mempunyai baki akaun sekurang-kurangnya RM1,000 pada setiap masa.
Perlindungan takaful ini tertakluk kepada Peraturan Perlindungan Takaful Berkelompok PTPTN
Skim Pinjaman/Pembiayaan Pendidikan PTPTN dengan perlindungan takaful berkelompok adalah bertujuan untuk melindungi pinjaman/pembiayaan yang telah dikeluarkan oleh PTPTN sekiranya berlaku kematian kepada peminjam/penerima biaya atau peminjam/penerima biaya mengalami keilatan kekal menyeluruh.
Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok ini, amaun pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada semua peminjam/penerima biaya akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful.
Setiap peminjam/ penerima biaya dikehendaki menanggung segala kos perlindungan takaful sebagaimana termaktub dalam perjanjian pinjaman/ pembiayaan. Bagi peminjam/ penerima biaya yang masih belajar, kaedah potongan sumbangan takaful dibuat pada setiap kali pengeluaran pinjaman/ pembiayaan. Manakala bagi peminjam/ penerima biaya yang telah menamatkan pengajian dan potongan sumbangan takaful didapati tidak mencukupi atau berbaki negatif, amaun tersebut akan didebitkan sebagai pembiayaan tambahan.
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan/insurans
0 comments:
Post a Comment