Tarikh ni aku tak akan lupakan sampai bila-bila. Pemergian arwah Solehah sangat tak disangka-sangka dan begitu mengejut sekali. Hari ni dah 30 Oktober. Jadi, dah genap sebulan Solehah pergi mengadap Ilahi. Ternyata, Allah lebih sayangkan dia. Dan sebab itulah dia diambil dalam usia yang begitu muda, 25 tahun. Pemergian arwah sangat member kesan dan pengajaran kepada kami sekeluarga. Sesungguhnya, janji Allah itu pasti. “Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Dan sesungguhnya, “rezeki, jodoh, dan ajal sememangnya telah ditetapkan Allah. Kita hanya mampu berdoa berharap yang terbaik di dunia dan akhirat.
Tuesday, 29 October 2013
30 SEPTEMBER 2013
AKU SAYANG KAKAK

Ternyata pemergian Allah memberikan banyak hikmah kepada
kami sekeluarga. Allah tidak akan member ujian kepada hambanya yang tidak
mampu. Pemergian arwah diredhai sekeluarga walaupun pada awalnya masing-masing
begitu terkenang-kenang arwah Solehah terutamanya ibu yang melahirkannya dan
ayah yang membesarkannya. Pemergian Solehah diredhai dengan bacaan al-fatihah
dan yassin.
Hari konvokesyen UPM ke-37 yang berlangsung pada 26-29
Oktober lalu dihadiri dengan rasa serba kekurangan. Hari konvokesyen aku pada
27 Oktober lalu berasa begitu hambar tanpa kehadiran ahli keluarga yang tak
seperti selalu. Arwah tidak sempat turut serta memeriahkan hari graduasi aku. Namun,
Aku pasti Allah tahu yang terbaik untuk semua makhluknya.
Terasa begitu kekurangan sekali dalam keluarga ini yang
sememangnya rapat sejak kecil. Keluarga umpama akar yang menyokong sebatang
pohon. Masing-masing melengkapi antara satu sama lain. Kehilangan Solehah amat
dirasai dan akan kekal di dalam hati kami sekeluarga. Doa adalah yang terbaik
untuk disedekahkan kepada arwah. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan
di kalangan muslimin dan muslimat yang beriman. Aku akan mengikutimu satu hari
nanti dan aku berdoa untuk lebih bersedia sepertimu; seorang wanita yang
menjaga auratnya, berdikari, solat di awal waktu dan menjaga hati kawan. Sesungguhnya,
setiap ujian Allah ada hikmah yang pasti. Kebahagiaan sebenar adalah di akhirat
kelak. Semoga aku menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa. Amin Ya
Rabbalalamin…
Tarikh ni aku tak akan lupakan sampai bila-bila. Pemergian arwah Solehah sangat tak disangka-sangka dan begitu mengejut sekali. Hari ni dah 30 Oktober. Jadi, dah genap sebulan Solehah pergi mengadap Ilahi. Ternyata, Allah lebih sayangkan dia. Dan sebab itulah dia diambil dalam usia yang begitu muda, 25 tahun. Pemergian arwah sangat member kesan dan pengajaran kepada kami sekeluarga. Sesungguhnya, janji Allah itu pasti. “Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Dan sesungguhnya, “rezeki, jodoh, dan ajal sememangnya telah ditetapkan Allah. Kita hanya mampu berdoa berharap yang terbaik di dunia dan akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment